Penganalisaan julat hujan bulanan terburuk di Malaysia dari tahun 2017 hingga 2019

Rashia Ramli, and Mandeep Jit Singh, (2022) Penganalisaan julat hujan bulanan terburuk di Malaysia dari tahun 2017 hingga 2019. Jurnal Kejuruteraan, 34 (6). pp. 1125-1134. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-3406-2022/

Abstract

Kemerosotan isyarat gelombang mikro pada jalur frekuensi lebih daripada 10 GHz adalah disebabkan oleh faktor keamatan hujan yang tinggi di kawasan beriklim tropika dimana objektif kajian adalah menganalisa julat hujan di Malaysia.. Justeru itu, ramalan pelemahan hujan ke atas perambatan isyarat elektromagnet menggunakan kadar hujan bersela masa 1 minit adalah penting. Kajian ini menggunakan data hujan bersela masa 60 minit yang dicerap di 10 stesen pencerap Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia di seluruh Malaysia dalam tempoh 3 tahun iaitu daripada 2017 sehingga 2019. Model Segal telah dipilih sebagai model penukaran data hujan berintegrasi 1 minit disebabkan ralat kebarangkalian yang kecil serta bersesuaian untuk kawasan tropika. Ramalan taburan hujan bulanan terburuk pula dilaksanakan dengan memilih model ITU-R P.841-5. Hasil daripada kajian ini medapati bahawa kawasan Sarawak menunjukkan nilai kadar hujan paling tinggi berbanding kawasan Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, ramalan kadar hujan bulanan terburuk turut mendapati nilai pekali bulan yang paling buruk, Q1 (1.2) dan β (0.35) yang diusulkan oleh model International Union Telecommunication (ITU-R) adalah tidak bersesuaian untuk Malaysia yang terletak di kawasan tropika di mana menerusi kajian, nilai baru untuk parameter Q1 dan β telah diperolehi supaya anggaran yang lebih (Q1= 1.7 dan β=1.22) baik untuk persamaan bulan terburuk dapat dihasilkan. Hasil kajian ini bukan sahaja sebagai persediaan menghadapi banjir malahan boleh dijadikan garis panduan dalam mereka bentuk sistem perhubungan satelit yang lebih efisien.

Item Type:Article
Keywords:Integrasi masa; Kadar hujan; Hujan bulanan terburuk; Faktor Q
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21115
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:09 Feb 2023 08:10
Last Modified:14 Feb 2023 09:49

Repository Staff Only: item control page