Tinjauan literatur berkaitan tahap pengetahuan, sikap dan persepsi orang awam terhadap dasar larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Jamaludin Bakar, and Syed Ismail Syed Mohamad, and Hamidah Yusof, and Ida Zaliza Zainol Abidin, (2022) Tinjauan literatur berkaitan tahap pengetahuan, sikap dan persepsi orang awam terhadap dasar larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 20 (2). pp. 63-68. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jskm/issue/view/1403

Abstract

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang telah menandatangani WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC). WHO FCTC adalah satu bentuk perjanjian berasaskan bukti yang menegaskan hak masyarakat untuk mendapat tahap kesihatan terbaik. Pelbagai dasar dan polisi telah diwujudkan oleh kerajaan selaras dengan kehendak WHO dalam mewartakan larangan merokok di seluruh negara agar penguatkuasaan dapat dijalankan untuk membendung aktiviti merokok di tempat-tempat awam. Tujuan penulisan tinjauan literatur ini adalah untuk memberi gambaran sejauh mana tahap pengetahuan, sikap, dan persepsi orang awam terhadap perlaksanaan dasar dan polisi larangan merokok di Malaysia. Tinjauan literatur telah dijalankan dengan kata kunci carian seperti berikut: smoking AND policy AND Malaysia AND (knowledge OR attitude OR perception) bagi penerbitan dari tahun 2015-2021 melalui beberapa pangkalan data termasuk Medline (hasil carian 5 penerbitan), Web of Science (hasil carian 9 penerbitan) dan Scopus (hasil carian 19 penerbitan). Dua belas (12) artikel yang bersesuaian telah dipilih bagi menjawab objektif kajian. Kami dapati bahawa tahap pengetahuan, sikap dan persepsi orang awam terhadap dasar larangan merokok di Malaysia masih pada tahap kurang memberangsangkan. Oleh itu, hasil kajian tinjauan pelbagai faktor ini diharap dapat membudayakan tadbir urus dalam polisi dan dasar kerajaan agar lebih berkesan dan efisyen.

Item Type:Article
Keywords:Tadbir urus kerajaan; Polisi dan dasar; Kerajaan; Rokok; Malaysia
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:21139
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:13 Feb 2023 07:13
Last Modified:13 Feb 2023 07:13

Repository Staff Only: item control page