Azmal Sabil, and Hanita Yusof, and Utaberta, Nangkula (2022) Idea dan pemikiran seni bina Melayu moden Razin Mahmood. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 15 (1). pp. 71-83. ISSN 1985-6881
|
PDF
460kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/index
Abstract
Pengadaptasian bahasa senibina luar ke dalam rekabentuk bangunan di Malaysia dilihat telah menjadi sebagai ancaman kepada pembangunan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan kebudayaan dan kesenian. Seawal tahun 1950-an, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menzahirkan identiti senibina nasional yang dapat mencerminkan kekayaan nilai kebudayaan dan kesenian di Malaysia. Usaha ini disambut baik oleh pihak kerajaan dan juga arkitek pada ketika itu, di mana warisan kesenian Melayu tradisional telah sepakati sebagai asas pembangunan identiti seni bina nasional. Setelah hampir 70 tahun, perbahasan mengenai identiti senibina nasional ini masih lagi giat diwacanakan dan dibahaskan. Tempoh masa yang panjang ini telah melahirkan pelbagai reaksi, yang mana sebahagiannya melihat isu mengenai pembangunan identiti ini sebagai hanya isu kecil yang tidak perlu diambil berat di dalam aspek reka bentuk dan pembangunan. Senario ini terjadi disebabkan pemahaman konstruk identiti senibina nasional yang bersifat statik, sehingga membataskan pembangunan identiti hanya pada nilai rekabentuk fizikal bangunan sahaja. Pembangunan bahasa senibina Melayu moden telah dicadangkan sebagai salah satu jawapan kepada pembangunan identiti senibina nasional yang lebih holistik. Di dalam kajian ini, konsep dan pemikiran seni bina Melayu moden Arkitek Razin Mahmood telah didokumentasi. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah pendapat pakar, di mana sesi temubual telah dilaksanakan. Hasil dapatan kajian ini akan menyumbang kepada tipologi pemikiran senibina Melayu Moden di dalam usaha memberi jawapan kepada pembangunan identiti senibina nasional yang lebih komprehensif di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Identiti seni bina nasional; Pemikiran seni bina Melayu moden; Razin Mahmood |
Journal: | Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built |
ID Code: | 21158 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 16 Feb 2023 04:44 |
Last Modified: | 17 Feb 2023 07:49 |
Repository Staff Only: item control page