Peranan pengawasan pelabur institusi dan kekaburan perolehan

Azlina Ahmad, and Norman Mohd Saleh, and Takiah Mohd Iskandar, and Mohamad Adnan Alias, (2011) Peranan pengawasan pelabur institusi dan kekaburan perolehan. Jurnal Pengurusan, 32 . pp. 83-101. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

159kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurus.htm

Abstract

Pelabur institusi merupakan kumpulan pelabur canggih yang berpotensi mengawasi pengurusan firma serta menyumbang kepada pengurangan kos agensi. Kajian ini meneliti peranan pengawasan pelabur institusi dalam ekonomi yang melibatkan pelaburab dana awam serta campur tangan kerajaan yang tinggi. Kajian menfokus kepada kesan pemilikan pelabur institusi terhadap amalan pengurusan perolehan firma portfolio berasaskan tahap kekaburan perolehan. Selain itu, kajian turut melihat sama ada status awam/bukan awam pelabur institusi mempengaruhi keipayaan mereka melaksanakan pengawasan yang berkesan. Pemilikan pelabur institusi diukur berdasarkan tiga dimensi iaitu:(1) peratus pegangan ekuiti pelabur institusi; (2)konsentrasi pegangan pelabur institusi; dan (3)bilangan pelabur institusi. Kecemerlanagn mengurus perolehan ditentukan berdasarkan tahap kekaburan perolehan firma yang merupakan skor agregat empat ukuran iaitu: (1) keagresifan perolehan; (2) pelicinan perolehan; (3)pengelakan melapor kerugian; dan (4)pengelakan melapor penurunan dalam perolehan. Sampel kajian terdiri daripada syarikat tersenarai diPapan Utama dan Papan Kedua Bursa Saham malaysia dari tahun 1996-2005. Data dikutip daripada pengkalan data Datastream dan laporan tahunan syarikat.perhubungan antara tahap kekaburan perolehan dengan pemilikan pelabur institusi diuji berdasarkan analisis regrasi berganda dengan mengawal kesan tahap pegangan ekuiti pengurusan firma, saiz firma, tahap keumpilan firma dan kualiti juruaudit firma. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelabur institusi bukan awam dengan konsentrasi pegangan yang tinggi melaksanakan pengawasan yang lebih berkesan terhadap pihak pengurusan firma berbanding pelabur institusi awam.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:2116
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:29 Jun 2011 08:03
Last Modified:03 Aug 2011 00:46

Repository Staff Only: item control page