Sejarah dan rekabentuk masjid warisan Kampung Parit Melana di Alor Gajah, Melaka

Suhana Johar, and Mohd. Farid Mohamed, (2022) Sejarah dan rekabentuk masjid warisan Kampung Parit Melana di Alor Gajah, Melaka. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 15 (1). pp. 169-180. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
385kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/index

Abstract

Diketahui umum bahawa masjid adalah sebuah binaan sturktur yang dibina oleh penganut agama Islam yang berfungsi menyediakan ruang untuk melakukan solat serta aktiviti-aktiviti lain yang berhubungkait dengan kepentingan Islam. Reka bentuk masjid perlulah memenuhi tujuan asal pembinaannya, sementara faktor-faktor lain seperti keadaan setempat juga memberi pengaruh terhadap seni bina masjid tersebut. Objektif kajian Masjid Warisan Kampung Parit Melana adalah untuk mengenalpasti asal usul dan senibina identiti setempat. Kajian di peringkat awalan ini memberi fokus dari segi sejarah, senibina dan kaedah pembinaan masjid lama ini. Hasil kajian menyimpulkan bahawa seni bina masjid merupakan antara seni bina yang memainkan peranan penting dalam pencarian identiti senibina kebangsaan, di samping ia kekal menjadi tumpuan kepada komuniti sebagai pusat ibadah dan pelbagai aktiviti. Oleh itu, masjid warisan seperti Masjid Warisan Kampung Parit Melana perlu dikekalkan untuk rujukan penting bagi generasi akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Masjid warisan Kampung Parit Melana; Architectural heritage; Design of heritage mosque
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:21164
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:16 Feb 2023 04:45
Last Modified:17 Feb 2023 07:57

Repository Staff Only: item control page