Panduan reka bentuk gamifikasi patuh syariah

Wan Ali Akbar Wan Abdullah, (2022) Panduan reka bentuk gamifikasi patuh syariah. Jurnal Hadhari, 14 (2). pp. 1-13. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
358kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/index

Abstract

Gamifikasi adalah inovasi yang trendy dalam dunia pendidikan pada hari ini. Keadaan ini menyebabkan ramai guru dan penyelidik mula melibatkan diri mereka bentuk inovasi berasaskan gamifikasi. Namun, perbincangan mengenai hukum gamifikasi telah lama dibincangkan oleh para fuqaha’. Hal ini menyebabkan pengkaji berminat untuk meneroka kaedah reka bentuk gamifikasi yang digunakan oleh guru inovatif pendidikan Islam. Kajian dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kes, berdasarkan pendekatan kualitatif. Lapan peserta kajian dikaji. Pemilihan dibuat berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Dapatan menunjukkan terdapat 10 panduan patuh syariah yang dibincangkan oleh peserta kajian ketika mereka bentuk gamifikasi, iaitu; 1) mesti dibina untuk tujuan pendidikan, 2) grafik yang digunakan mesti patuh syariah, 3) permainan tidak ada unsur judi, 4) mesti ada penerapan nilai, 5) nenjaga harta intelek orang lain, 6) mesti meraikan kemahiran sebenar, 7) direka bentuk berdasarkan permainan tradisional sedia ada, 8) menyelitkan unsur didik hibur, 9) latar belakang gamifikasi mestilah sesuai dengan konteks permainan, dan 10) impak inovasi mestilah signifikan. Dapatan dapat dijadikan panduan kepada inovator lain mengenai kaedah membangunkan inovasi berasaskan gamifikasi yang patuh syariah.

Item Type:Article
Keywords:Inovasi pengajaran; Gamifikasi; Inovasi pendidikan Islam; Patuh syariat
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:21168
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Feb 2023 02:20
Last Modified:17 Feb 2023 10:28

Repository Staff Only: item control page