Peranan NGO pertubuhan jaringan harmoni dalam komuniti memperkasa Saudara kita di Johor dalam aspek sokongan sosial

Nur Najwa Hanani Abd Rahman, and Hazny Saleh, and Akmaliza Abdullah, and Nasiibah Ramli, and Nurul Hawariah Taufek, and Mohammad Naqib Hamdan, (2022) Peranan NGO pertubuhan jaringan harmoni dalam komuniti memperkasa Saudara kita di Johor dalam aspek sokongan sosial. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 7 (2). pp. 21-30. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
717kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath

Abstract

Kajian ini membincangkan peranan masyarakat dan NGO dalam pemerkasaan muallaf dengan penglibatan Pertubuhan Jaringan Harmoni (PJH) dalam sumbangan bantuan yang dilaksanakan kepada muallaf Malaysia di negeri Johor khususnya di kawasan Johor Baharu sebagai kajian kes. PJH ialah sebuah NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti dakwah, kesukarelawanan, dan menjaga muallaf. Selain itu, PJH juga merupakan pusat sokongan sosial yang menyediakan bantuan dan keperluan. Kajian ini memfokuskan kepada peranan masyarakat dalam penglibatan PJH dalam meningkatkan jati diri muallaf, pendidikan dan bimbingan agama, kewangan, keusahawanan dan kebajikan, dakwah, dan kaunseling, perundangan serta pelaksanaan program silaturahim antara ahli PJH dan masyarakat. Usaha ini dilakukan melalui program pengukuhan akidah muallaf iaitu Program Keharmonian Kaum, Dakwah di pedalaman Orang Asli, dan dakwah dalam media sosial serta Program Pembangunan Perniagaan. Pengumpulan data dilakukan melibatkan temu bual dengan pemimpin PJH mengenai penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan serta bentuk bantuan kepada muallaf. Kajian ini dijalankan menggunakan analisis deskriptif maklumat, temu bual dan penyelidikan profil dan laporan tahunan PJH (2019-2020) serta aktiviti dalam talian di media sosial bagi menjelaskan aktiviti dan sumbangan PJH kepada muallaf di Johor. Kajian mendapati program-program seperti Forum ‘Hijrahku Menuju Islam’ dan Dakwah Jalanan telah membimbing individu dan keluarga muallaf dalam menghadapi kesukaran selepas keislaman. Impak kajian mendapati inisiatif PJH yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dapat membantu mencapai kesejahteraan sosial Muallaf dengan objektif utama melaksanakan misi dakwah, tarbiyah, motivasi, pembangunan masyarakat, perpaduan, dan keharmonian kaum.

Item Type:Article
Keywords:Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO); Peranan komuniti; Pemerkasaan; Kebajikan sosial
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:21169
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:17 Feb 2023 07:19
Last Modified:24 Feb 2023 15:16

Repository Staff Only: item control page