Penghayatan agama sebagai pengantara antara hubungan kecemerlangan hafazan dan sahsiah pelajar tahfiz

Sharifah Noorhidayah Syed Aziz, and Khairul Anwar Mastor, and Hasnan Kasan, (2022) Penghayatan agama sebagai pengantara antara hubungan kecemerlangan hafazan dan sahsiah pelajar tahfiz. Jurnal Hadhari, 14 (2). pp. 15-34. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
614kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/index

Abstract

Peningkatan kemasukan pelajar ke dalam bidang pendidikan tahfiz menunjukkan bahawa masyarakat meyakini bidang ini sebagai salah satu medium pembentukan sahsiah. Namun, berlaku masalah sahsiah dalam kalangan pelajar tahfiz yang belum dikaji secara empirikal. Berdasarkan sorotan kajian, faktor kecemerlangan hafazan menjadi satu kayu ukur dalam pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Namun, faktor penghayatan agama merupakan salah satu faktor penting yang perlu difokuskan dalam pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis penghayatan agama sebagai pengantara antara kecemerlangan hafazan dan pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dengan pengumpulan data melalui soal selidik yang dibina hasil dari Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD). Seterusnya soal-selidik yang diedarkan kepada 905 orang pelajar tahfiz yang di maahad tahfiz di bawah Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (PITAS). Analisis EFA (Exploratory Factor Analysis) dan CFA (Confirmatory Factor Analysis) yang dijalankan mengesahkan bahawa terdapat dua sub-faktor penghayatan agama iaitu (i) makruf (ii) mungkar dan dua sub-faktor sahsiah iaitu (i) mahmudah (ii) mazmumah. Analisis Structural Equation Modelling SEM-AMOS digunakan dalam kajian bagi menguji hipotesis kajian. Analisis SEM menunjukkan model penghayatan agama sebagai pengantara dengan kecemerlangan hafazan dan sahsiah mencapai nilai kesepadanan yang baik iaitu (RMSEA=0.05, GFI=0.97, CFI=0.97 dan Chisq/df =3.39). Oleh itu, kajian mendapati penghayatan agama dianalisis sebagai pengantara separa dengan hubungan antara kecemerlangan hafazan dan sahsiah. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati penghayatan agama memberi pengaruh positif dalam pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Faktor penghayatan agama ini perlu diberi penekanan bagi meningkatkan kualiti sahsiah pelajar tahfiz seperti yang diharapkan oleh masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Penghayatan agama; Kecemerlangan hafazan; Sahsiah; Pelajar tahfiz
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:21170
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Feb 2023 02:31
Last Modified:17 Feb 2023 02:31

Repository Staff Only: item control page