Mohd Daud Bakar : tokoh keusahawanan syariah

Othman Sahalan, and Muhammad Adib Samsudin, and Mohammad Zaini Yahaya, (2022) Mohd Daud Bakar : tokoh keusahawanan syariah. Jurnal Hadhari, 14 (2). pp. 35-52. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
395kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/index

Abstract

Kajian ini berkaitan Mohd Daud Bakar yang menduduki tempat keenam dalam kalangan 10 orang cendekiawan kewangan Islam dunia menurut Global Islamic Finance Report 2015. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam bagi tahun 2022. Kajian ini dilakukan bagi menelusuri latar kehidupan tokoh kewangan Islam dan penasihatan syariah terkemuka. Beliau pernah dikritik kerana memberikan pandangan yang bertentangan dengan pendirian penasihat syariah lain di peringkat nasional mahupun antarabangsa terutamanya Timur Tengah berkaitan mata wang kripto. Tokoh ini bukan sahaja pakar dalam bidang Usul Fiqh tetapi memindahkan kepakaran itu dalam bidang keusahawanan yang baharu iaitu keusahawanan syariah yang merupakan satu inovasi dalam keusahawanan Islam. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan pengumpulan data menggunakan temu bual dan analisis kandungan. Data dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mohd Daud Bakar adalah seorang tokoh dalam kalangan cendekiawan syariah yang telah mentransformasikan bidang penasihatan syariah dalam kewangan Islam daripada hanya kerjaya separuh masa kepada satu bentuk keusahawanan Islam iaitu Keusahawanan Syariah.

Item Type:Article
Keywords:Keusahawanan; Syariah; Kewangan; Penasihat; Tokoh
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:21171
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Feb 2023 02:39
Last Modified:17 Feb 2023 10:30

Repository Staff Only: item control page