Arwasnyah Kirin, and Ahmad Sharifuddin, and Siti Marpuah, and Wan Aina Mardhiah, (2022) Tahap pengetahuan dan amalan hadis Da’if dan Mawdu’ dalam kitab Nasa’ih Al-‘Ibad oleh warga pesantren di Sumatera (Indonesia). Jurnal Hadhari, 14 (2). pp. 53-74. ISSN 1985-6830
|
PDF
503kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/index
Abstract
Kitab Nasa’ih al-‘Ibad karangan Shaykh Nawawi al-Banteni merupakan kitab klasik mengandungi aspek Targhib wa Tarhib, yang tersebar luas di Asia Tenggara, khususnya Indonesia. Shaykh Nawawi al-Banteni banyak merujuk hadith-hadith Nabi SAW di antaranya adalah hadith Da’if dan Mawdu’. Kitab ini pula banyak mengandungi hadith Da’if dan Mawdu’ yang menjadi rujukan dan amalan sehari-hari bagi warga pesantren Mustafawiyah Purba Baru dan Tawalib Parabek Sumatera Indonesia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti pengetahuan dan amalan hadith Da’if dan Mawdu’ dalam kitab Nasa’ih al-‘Ibad oleh warga pesantren di Sumatera Indonesia. Kepentingan kajian ini adalah untuk mendedahkan hadith Da’if dan Mawdu’ dalam kitab Nasa’ih al-‘Ibad yang dijadikan amalan oleh warga pesantren Mustafawiyah Purba Baru dan Tawalib Parabek di Sumatera (Indonesia). Kajian ini dijalankan di Sumatera (Sumatera Barat dan Sumatera Utara) Indonesia dengan melibatkan seramai 210 orang responden yang terdiri daripada warga pesantren Mustafawiyah Purba Baru dan Pesantren Tawalib Parabek. Sampel terdiri daripada 10 hadis da’if dan Mawdu’ yang terdapat dalam kitab Nasa’ih al-‘Ibad. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan hadis Da’if dan Mawdu’ dalam kalangan warga pesantren di Sumatera (Indonesia). Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item soal selidik adalah tinggi, iaitu 0.825. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan responden terhadap hadis Da’if dan Mawdu’ yang disebarkan ialah sebanyak 3.35 dan min tahap amalan responden terhadap hadis tersebut ialah sebanyak 3.19. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa warga pesantren Mustafawiyah Purba Baru dan Tawalib Parabek di Sumatera Indonesia majoriti mengetahui hadis yang disebarkan dan beramal dengannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hadis Da’if dan Mawdu’; Sumatera Indonesia; Nasa’ih al-‘Ibad; Pengetahuan dan amalan hadis |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 21172 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 17 Feb 2023 03:29 |
Last Modified: | 17 Feb 2023 03:29 |
Repository Staff Only: item control page