Azren Al Aqib Mohamad Faizal, and Mohd Nazri Ahmad, (2022) Kemasukan Islam di Sarawak pada zaman pemerintahan Brooke. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 7 (2). pp. 31-40. ISSN 0128-0899
|
PDF
699kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath
Abstract
Artikel ini membahaskan tentang sejarah kemasukan Islam di Sarawak dan juga perkembangannya pada zaman pemerintahan Brooke. Ia juga bermatlamat untuk membincangkan keadaan pendidikan Islam yang dilakukan pada zaman awal kemasukan Islam dan kesannya terhadap pendidikan di Sarawak. Hasil penulisan mendapati bahawa sejak perlantikan James Brooke sebagai Gabenor, beliau telah berjaya meluaskan pengaruh politiknya denga memecahkan kesatuan yang wujud di antara masyarakat Melayu dan penduduk peribumi. Pada zaman pemerintahan beliau juga berjaya menularkan unsur-unsur Barat ke dalam kehidupan muslimin di Sarawak. Justeru itu, akhbar "Fajar Sarawak" dan Persatuan Melayu Sarawak telah berperanan sebagai "pejuang" untuk mengembalikan mereka kepada syiar Islam. Pada masa yang sama, agama Kristian juga semakin berkembang dan hal ini kerana penyebaran agama Kristian ini didorong dan dibiayaai oleh pihak pemerintah. Keadaan ini telah mendorong tokoh-tokoh ulama tempatan untuk mendirikan sekolah-sekolah agama yang lebih mementingkan pengajian Islam yang bertujuan untuk membendung fahaman-fahaman yang bercanggah dengan Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Islam; Sarawak; Pendidikan; Ulama tempatan; Sekolah agama Islam |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 21177 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 17 Feb 2023 07:37 |
Last Modified: | 24 Feb 2023 15:04 |
Repository Staff Only: item control page