Morfologi hakisan dan sifat serakan lempung kaolinit dan montmorilonit di kawasan tropika

Azlan Shah Nerwan Shah, and Nor Shahidah Mohd Nazer, and Muhammad Isha Harris, (2022) Morfologi hakisan dan sifat serakan lempung kaolinit dan montmorilonit di kawasan tropika. Sains Malaysiana, 51 (12). pp. 3879-3896. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
4MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Tanah terserak merupakan tanah bermasalah lantaran sifat semula jadinya yang mudah bertindak balas apabila terdapat kehadiran air lalu meningkatkan potensi hakisan cerun. Kewujudan ion natrium pada mineral lempung tanah melemahkan ikatan elektrokimia tanah terserak menyebabkan zarah lempung menolak dan menjauhi satu sama lain. Faktor ini mendorong pengasingan zarah tanah lalu membentuk fitur hakisan seperti ril dan galur rencam di permukaan bercerun, hakisan paip di dalam sub-permukaan landai dan kewujudan keruping merekah yang menjadi permasalahan dalam pembinaan struktur bangunan serta kejadian bencana alam. Kewujudan mineral lempung berbeza kapasiti pengembangan-pengecutan di kawasan tanah terserak menghasilkan morfologi dan sifat serakan tanah yang berbeza. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mencirikan sifat fizikal tanah terserak tropika berdasarkan limpahan mineral lempung kaolinit dan montmorilonit serta hubungannya terhadap pembentukan morfologi hakisan cerun dan keruping tanah melalui pemerhatian lapangan dan analisis makmal. Hasil kajian mendapati kadar serakan dipengaruhi oleh sifat fizikal tanah seperti taburan saiz butiran, had cecair (LL), indeks keplastikan (PI), kandungan mineralogi lempung, nisbah % pasir/% zarah halus serta nisbah PI/LL. Analisis makmal menunjukkan tanah terserak dengan kehadiran mineral kaolinit dilihat kurang sensitif terhadap serakan berbanding mineral montmorilonit. Pemerhatian di lapangan mendapati tanah lempung kaolinit berasosiasi dengan pembentukan fitur hakisan ril dan galur rencam di sisi cerun secara lateral dan separa lateral, manakala tanah lempung montmorilonit tidak membentuk fitur hakisan yang nyata namun cenderung membentuk lapisan keruping dengan sistem jaringan rekahan heksagonal pada cerun bersudut hampir tegak (≈80°). Pencirian ini penting bagi meramal kewujudan dan taburan tanah terserak tropika berdasarkan limpahan mineral lempung yang berupaya menjadi pencetus kepada mekanisme geo-bencana yang sinonim berlaku di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Geo-bencana; Kaolinit; Montmorilonit; Morfologi hakisan; Sifat serakan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:21189
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:21 Feb 2023 08:29
Last Modified:27 Feb 2023 06:25

Repository Staff Only: item control page