Pemodelan semula jantung dalam kardiomiopati diabetes: peranan inflamasi, tekanan oksidatif dan apoptosis yang mendasari pembentukan dan perkembangannya

Fatin Farhana Jubaidi, and Satirah Zainalabidin, and Izatus Shima Taib, and Zariyantey Abd Hamid, and Siti Balkis Budin, (2022) Pemodelan semula jantung dalam kardiomiopati diabetes: peranan inflamasi, tekanan oksidatif dan apoptosis yang mendasari pembentukan dan perkembangannya. Sains Malaysiana, 51 (12). pp. 4043-4057. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
974kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Kardiomiopati diabetes (DCM) merupakan komplikasi kronik diabetes melitus akibat daripada perubahan pada fungsi dan struktur jantung yang diaruh oleh keadaan aras gula darah yang tinggi (hiperglisemia) secara berpanjangan. Walaupun pengawalan hiperglisemia dilakukan dengan komprehensif serta perubahan gaya hidup yang lebih sihat, komplikasi kardiovaskular termasuklah DCM terus menjadi antara punca kematian utama pesakit diabetes. Pembentukan dan perkembangan DCM adalah akibat proses kompensasi melalui pemodelan semula jantung yang melibatkan kematian kardiomiosit hasil daripada kerosakan oksidatif, apoptosis dan inflamasi susulan aruhan hiperglisemia yang tidak terkawal. Walaupun permodelan semula jantung merupakan proses yang penting dalam memulihara struktur dan fungsi jantung, namun dalam keadaan diabetes, rangsangan pemodelan semula jantung yang berpanjangan boleh membawa kepada kemorosotan fungsi yang kekal dan akhirnya menyebabkan kegagalan jantung. Memahami mekanisme yang terlibat dalam pembentukan dan perkembangan DCM adalah sangat penting bagi merangka strategi untuk mengurangkan komplikasi akibat penyakit ini. Oleh itu, dalam kertas ulasan ini, hasil kajian terkini mengenai proses pemodelan semula jantung dalam perkembangan DCM dan mekanisme utama yang mendasari pembentukan dan perkembangannya akan diperjelaskan.

Item Type:Article
Keywords:Apoptosis; Fibrosis; Hipertrofi, Inflamasi, Tekanan oksidatif
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:21204
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:22 Feb 2023 04:13
Last Modified:27 Feb 2023 08:46

Repository Staff Only: item control page