Pembangunan pendakwah orang asli daripada aspek kerohanian: satu pendekatan Fuzzy Delphi

Zulkefli Aini, and Nor Izzatul Husna Burhan, (2022) Pembangunan pendakwah orang asli daripada aspek kerohanian: satu pendekatan Fuzzy Delphi. Al-Hikmah, 14 (2). pp. 24-47. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
549kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah

Abstract

Kerohanian merupakan elemen penting dalam pembangunan pendakwah Orang Asli. Hal ini kerana pembangunan kerohanian yang mantap dalam diri pendakwah Orang Asli mampu memberi kekuatan kepada jiwa pendakwah untuk terus meningkatkan potensi diri bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti komponen-komponen elemen kerohanian pembangunan pendakwah orang asli, menganalisis kesepakatan pakar terhadap komponen-komponen elemen pembangunan tersebut dan membina kerangka bagi pembangunan elemen pendakwah Orang Asli daripada aspek kerohanian. Metodologi kajian ini adalah menggunakan reka bentuk Fuzzy Delphi dengan melaksanakan pensampelan bertujuan kepada 14 orang pakar dakwah masyarakat Orang Asli. Data dianalisis menggunakan triangular fuzzy number dan kedudukan elemen ditentukan menggunakan proses ‘defuzzication’. Hasil kajian mendapati terdapat tiga aspek penting yang dipersetujui oleh pakar sebagai satu keperluan yang perlu dibangunkan pada pendakwah Orang Asli daripada sudut kerohanian. Tiga aspek tersebut ialah terdiri daripada aspek akidah, ibadah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini adalah mencapai persetujuan dan kesepakatan daripada kumpulan pakar. Implikasi kajian ini adalah membina satu rangka keperluan bagi pembangunan pendakwah Orang Asli daripada sudut kerohanian sebagai rujukan pihak-pihak berkepentingan sama ada badan kerajaan atau bukan kerajaan bagi memperkemaskan lagi kualiti amal Islami mereka.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan; Kerohanian; Pendakwah; Orang Asli; Akidah; Ibadah; Akhlak
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:21205
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:22 Feb 2023 04:09
Last Modified:27 Feb 2023 02:37

Repository Staff Only: item control page