Stres pembelajaran dalam talian ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam kalangan mahasiswa

Norasikin Kaslim, and Muhamad Faisal Ashaari, (2022) Stres pembelajaran dalam talian ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam kalangan mahasiswa. Al-Hikmah, 14 (2). pp. 3-24. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
454kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah

Abstract

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada aspek pembelajaran apabila pembelajaran secara dalam talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP). Ia telah memberikan cabaran kepada pelajar kerana mereka mempunyai ruang yang terhad untuk berinteraksi dengan pensyarah mahupun sesama pelajar. Mereka tidak dapat berinteraksi dengan rapat untuk perbincangan dan pembelajaran tidak formal. Bebanan tugasan yang berat dan perhubungan secara fizikal yang terhad boleh membebankan mereka dan meningkatkan tahap stres. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui tahap stres yang dihadapi oleh mahasiswa ketika pembelajaran dalam talian. Ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian ialah soal selidik menggunakan Perceived Stress Scale-10 yang dibangunkan oleh Sheldon Cohen dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Sami Abdo Radman Al-Dubai et al. Responden terdiri dari pelajar UKM dan seramai 100 responden yang telah menjawab soal selidik ini. Dapatan kajian menemui bahawa mahasiswa berada pada tahap stres yang sederhana ketika pembelajaran dalam talian. Dapatan kajian menemui bahawa aspek peribadi mendapati min tertinggi 3.53 berbanding dengan aspek pembelajaran 2.89 dan aspek kewangan 2.80. Manakala langkah yang diambil oleh mahasiswa dalam menangani stres ialah cuba berfikiran positif, beribadah dan mendekatkan diri kepada tuhan dan tidur.

Item Type:Article
Keywords:Stress; Dalam talian; e-learning; PKP; COVID-19
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:21206
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:22 Feb 2023 04:16
Last Modified:27 Feb 2023 02:35

Repository Staff Only: item control page