Kajian potensi kompleks kuprum(II)tetraaza sebagai ionofor pengesan ion iodida

Devika Nokarajoo, and Suhaila Sapari, and Noraisyah Abdul Kadir Jilani, and Fazira Ilyana Abdul Razak, and Bohari Yamin, and Siti Aishah Hasbullah, (2022) Kajian potensi kompleks kuprum(II)tetraaza sebagai ionofor pengesan ion iodida. Sains Malaysiana, 51 (12). pp. 4197-4208. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Pengesanan anion toksik secara memilih adalah penting dalam pembangunan kimosensor kolorimetri. Kompleks kuprum(II)tetraaza (CuT) pertama kali dikaji sebagai ionofor dalam pengesanan anion iodida. Kajian pengesanan anion meliputi kajian kolorimetri, kajian pengikatan menggunakan Spektroskopi Utralembayung Boleh Nampak (ULBN) dan kajian komputeran melalui pengiraan Teori Fungsi Ketumpatan (DFT). Perubahan warna berlaku apabila kompleks CuT ditambah dengan anion iodida (I-), tiosianat (SCN-) dan sianat (CN-) iaitu daripada ungu kepada kuning atau merah jambu. Nilai pemalar pengikatan, Kb untuk anion I-, SCN- dan CN- masing-masing adalah 160.7, 27.1 dan 21.6 M-1 membuktikan kompleks CuT mempunyai interaksi yang kuat terhadap anion I-. Nisbah mod pengikatan antara CuT dengan anion I-, SCN-, CN- adalah 1:2 berdasarkan graf keseimbangan. Kajian interferen menunjukkan CuT mempunyai keterpilihan yang lebih tinggi terhadap anion I-. Pengiraan DFT membuktikan poli(n-butil akrilat), [poli(nBA)] sesuai digunakan sebagai matriks pemegunan kompleks CuT. Nilai tenaga pengikatan (Epengikatan) antara kompleks CuT terpegun poli(nBA) dengan anion iodida yang lebih rendah iaitu -1613.424673 eV berbanding dengan kompleks CuT dengan anion I- sahaja iaitu -1567.056909 eV menunjukkan pembentukan ikatan yang lebih kuat antara kompleks CuT terpegun poli(nBA) dengan anion I-. Sensor optik ini dapat difabrikasikan berasaskan kompleks CuT sebagai ionofor dipegunkan menggunakan poli(nBA) bagi pembangunan sensor ion I-.

Item Type:Article
Keywords:Anion iodide; DFT; Kolorimetri; Kuprum(II)tetraaza; ULBN
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:21218
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:22 Feb 2023 08:51
Last Modified:27 Feb 2023 09:00

Repository Staff Only: item control page