Mustazar Mansur, and Diana Chang, (2022) Tahap kesedaran dan persepsi mahasiswa-Mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia UKM berkenaan kepentingan belt and road initiative (BRI) terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS. Jurnal Personalia Pelajar, 25 (2). pp. 93-109. ISSN 0128-2735
|
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...
Abstract
Belt and Road Initiative (BRI) bertujuan untuk menghubugkan Asia dengan Afrika dan Eropah melalui rangkaian darat dan maritim dengan tujuan untuk meningkatkan integrasi serantau, meningkatkan perdagangan dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Inisiatif ini mempunyai banyak kebaikan antaranya seperti meningkatkan pertumbuhan ekonomi di antara negara-negara yang sama-sama terlibat. Belt and Road Initiative (BRI) dapat membantu mengurangkan kos dan pemindahan teknologi melalui laluan darat dan maritim yang diwujudkan di bawah inisiatif ini. Inisiatif ini akan dapat membantu negara-negara terlibat terutamanya negara Asia contohnya negara Malaysia. Sedar atau tidak, Belt and Road Initiative (BRI) mampu memberikan pelbagai kebaikan dan kepentingan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam negara kita. Dengan adanya Belt and Road Initiative (BRI), Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara kita mempunyai potensi yang besar dalam memajukan pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan persepsi mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan kepentingan Belt and Road Initiative (BRI) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Tujuan dan persoalan kajian ini juga untuk mengetahui tahap pengenalan mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan Belt and Road Initiative (BRI), tahap pengetahuan mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan sejarah Belt and Road Initiative (BRI) dan tahap pengetahuan mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan objektif Belt and Road Initiative (BRI). Dengan ini, persampelan kajian ini telah diperolehi melalui 150 orang responden yang merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan; Persepsi; Belt and Road Initiative (BRI); Mahasiswa-mahasiswi; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 21225 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 24 Feb 2023 00:12 |
Last Modified: | 24 Feb 2023 14:16 |
Repository Staff Only: item control page