Kajian kualitatif persepsi pelajar UKM dengan alat bantu pendengaran terhadap sistem modulasi frekuensi dan penstrim

Quratul Ain Muhammad Fauzi, and Noor Alaudin Abdul Wahab, and Nashrah Maamor, and Akmaliza Ali, and Wan Nur Hanim Mohd Yusoff, and Roslee Rajikan, (2022) Kajian kualitatif persepsi pelajar UKM dengan alat bantu pendengaran terhadap sistem modulasi frekuensi dan penstrim. Jurnal Personalia Pelajar, 25 (2). pp. 81-91. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
929kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Statistik menunjukkan hanya 1 dari 200 pemakai alat bantu pendengaran (ABP) menggunakan Sistem Modulasi Frekuensi (FM) dan dapatan kajian terkini mengenai persepsi penggunaanya adalah terhad, terutama golongan dewasa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pengguna alat bantu pendengaran terhadap sistem FM dan penstrim. Seramai tiga orang pelajar pra-siswazah UKM pengguna ABP yang tidak pernah menggunakan sistem FM terlibat di dalam kajian ini. Mereka melaporkan pengalaman menggunakan sistem FM dan penstrim sepanjang tempoh tiga bulan di dalam templat diari yang disediakan. Proses temubual dijalankan untuk merekodkan pengalaman pemakaian sistem FM dan penstrim setelah tamat tempoh percubaan. Data yang diperolehi dari diari dan temubual dianalisis secara deskriptif. Kualiti bunyi pertuturan termasuk pengurangan gema dan persepsi pertuturan yang lebih baik dalam perbualan bersemuka, dalam jarak jauh atau dalam talian telah ditunjukkan dalam kajian ini. Isu yang dibangkitkan termasuk gangguan teknikal dan gangguan bunyi yang terhasil dalam keadaan tertentu. Selain itu, terdapat faktor seperti kesukaran mengikuti kadar pertuturan, sambungan unilateral , sokongan keluarga dan harga turut mempengaruhi penggunaan sistem FM dan penstrim dalam kalangan pelajar UKM pengguna ABP.

Item Type:Article
Keywords:Dewasa; Persepsi; Alat bantu pendengaran; Sistem FM; Penstrim
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:21226
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:24 Feb 2023 00:20
Last Modified:24 Feb 2023 14:17

Repository Staff Only: item control page