Pengurusan masa pelajar tahun akhir program pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia semasa pembelajaran dalam talian

Nur Aqilah Mohd Hakimi, (2022) Pengurusan masa pelajar tahun akhir program pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia semasa pembelajaran dalam talian. Jurnal Personalia Pelajar, 25 (2). pp. 151-159. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
911kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Pembelajaran dalam talian telah mendapat perhatian para akademik dan masyarakat awam susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia yang menjejaskan sesi pembelajaran secara bersemuka. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah tekanan perasaan akibat perubahan kaedah pembelajaran. Hal ini berikutan kurang pengetahuan dan juga ketidakkecekapan pelajar dalam mengurus masa ketika pembelajaran dalam talian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti langkah-langkah pengurusan masa yang diamalkan oleh pelajar ketika pembelajaran dalam talian dan tahap keberkesanan pengurusan masa yang diamalkan oleh mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah soal selidik secara dalam talian. Seramai 80 orang sampel yang terdiri daripada pelajar tahun akhir (sesi 2021-2022) Program Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah dipilih sebagai peserta kajian. Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti peserta kajian mengamalkan langkah-langkah pengurusan masa ketika pembelajaran dalam talian. Namun, terdapat sebahagian pelajar yang tidak berdisiplin dalam mematuhi jadual perancangan serta tidak pernah mengikuti kelas atau bengkel kemahiran pengurusan masa. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa langkah-langkah yang diamalkan itu memberi kesan yang positif dari aspek akademik, emosi dan kemahiran mengurus masa namun terdapat sebahagian pelajar yang menghadapi tekanan emosi dan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup berbanding ketika pembelajaran bersemuka. Data daripada kajian ini dapat digunakan oleh para pendidik di luar sana terutama pensyarah untuk membantu pelajar serta menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan Masa; Pandemik COVID-19; Pembelajaran dalam Talian; Pengajian Islam
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:21229
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:24 Feb 2023 01:07
Last Modified:24 Feb 2023 14:22

Repository Staff Only: item control page