Analisis penerimaan program cakna kesihatan mental selepas pandemik covid-19 untuk pelajar pascasiswazah UKM

Nurul Akidah Baharuddin, and Nurul Shahzira Hazri, and Norhamizah Hazirah, and Ahmad Junaidi, (2022) Analisis penerimaan program cakna kesihatan mental selepas pandemik covid-19 untuk pelajar pascasiswazah UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 25 (2). pp. 133-142. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Mengambil kira kesan kepada kesihatan mental pelajar pascasiswazah semasa dan selepas berlalunya fasa pandemik Covid-19, pihak Institut Sel Fuel dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan satu webinar bertajuk “Cakna Kesihatan Mental: Orait Tak Orait” bagi menyelami keadaan semasa pelajar pascasiswazah selepas berlalunya fasa pandemik Covid-19. Setelah itu, tahap keberkesanan dan penerimaan pelajar pascasiswazah terhadap penganjuran dan pengisian program webinar tersebut telah dianalisis melalui kajian ini. Data dikumpulkan melalui soal selidik menggunakan platfom Google Form dan respon pelajar pascasiswazah dikutip secara sukarela. Seramai 62 orang peserta telah mengisi borang soal selidik tersebut dan sekaligus menjadi responden kepada kajian ini. Analisis demografik, keberkesanan penganjuran dan penerimaan serta pencapaian objektif program telah dijalankan. Secara holistiknya, webinar yang secara majoritinya disertai oleh pelajar pascasiswazah telah mendapat respon positif iaitu skala 5 (cemerlang) sama ada dari aspek keberkesanan penganjuran (purata 60.22 %) mahupun penerimaan dan pencapaian objektif program (purata 61.29 %). Walaubagaimapun, terdapat satu responden yang memberikan skala 2 (tidak memuaskan) kepada tahap keberkesanan aktiviti. Hal ini berkemungkinan dipengaruhi oleh mod program yang dijalankan secara dalam talian, yang mengehadkan komunikasi dua hala antara peserta dengan kaunselor jemputan. Selain itu, komen-komen yang diberikan oleh peserta seperti “Butang Chat telah diitutup sepanjang program. Peserta tidak dapat bertanya soalan secara langsung dari Microsoft Teams” dapat membantu pihak penganjur untuk menganjurkan program yang lebih baik selepas ini.

Item Type:Article
Keywords:kesihatan mental; Pandemik; Covid-19; Pelajar pascasiswazah
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:21239
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:24 Feb 2023 07:11
Last Modified:24 Feb 2023 14:12

Repository Staff Only: item control page