Pengajaran sarana kohesi dalam proses penulisan karangan : Analisis tematik amalan pedagogi guru cemerlang

Rozita Mohamad Yuneh, and Rahim Aman, and Shahidi A. Hamid, (2022) Pengajaran sarana kohesi dalam proses penulisan karangan : Analisis tematik amalan pedagogi guru cemerlang. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 176-191. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
367kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563

Abstract

Guru merupakan pemboleh ubah penting dalam mencorakkan aktiviti pengajaran karangan. Kompetensi lingustik yang baik berkaitan kandungan ilmu penulisan, menguasai taksonomi pembinaan pertautan dan mengetahui amalan pedagogi berkesan dalam mengajarkan sarana kohesi akan dapat menyelesaikan masalah murid dalam mengarang. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka amalan pedagogi guru Bahasa Melayu terhadap pengajaran sarana kohesi dalam proses penulisan karangan. Kajian ini berbentuk kajian kes pelbagai kes-pelbagai tempat. Tiga orang guru cemerlang Bahasa Melayu terlibat sebagai peserta kajian yang dipilih berdasarkan persampelan bertujuan daripada tiga buah sekolah di negeri Pahang. Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data melibatkan temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Temu bual dilakukan secara berulang kali bagi membolehkan data-data mencapai tahap ketepuan. Data yang diperoleh melalui proses triangulasi ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan tematik bagi pembinaan tema untuk menjawab persoalan kajian berkaitan dengan aspek sarana kohesi dalam pengajaran karangan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat konstruk amalan pedagogi guru iaitu, elemen lingustik, teknik pembinaan kohesi, strategi pengajaran, dan penilaian karangan. Secara keseluruhannya, amalan pedagogi guru terhadap pengajaran sarana kohesi dalam proses penulisan karangan dalam kajian ini terbukti dapat mengupaya pembelajaran kemahiran menulis.

Item Type:Article
Keywords:Sarana kohesi; Pengajaran karangan; Amalan pedagogi; Analisis tematik; Kemahiran menulis
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:21243
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Mar 2023 02:06
Last Modified:07 Mar 2023 01:38

Repository Staff Only: item control page