Mohd Haniff Mohammad Yusoff, (2022) Citra Puteri Gunung Ledang menurut perspektif Hikayat Hang Tuah. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 167-175. ISSN 1511-8393
|
PDF
218kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563
Abstract
Sesebuah karya epik menampilkan wacana yang menggugah dalam memerihalkan sebuah kehidupan, malah kesatriaan watak-watak yang terkandung di dalamnya mempesonakan. Watakwatak ini diperlihatkan dengan keunggulan dari segi perwatakan yang ideal sehingga diangkat sebagai suri teladan dalam kalangan masyarakat. Hikayat Hang Tuah merupakan salah sebuah karya epik yang begitu kaya dengan nilai-nilai sosial, kemanusian, kebudayaan dan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, naskhah Hikayat Hang Tuah menampilkan watak Puteri Gunung Ledang dari perspektif yang berbeza seperti yang sering diperihalkan kepada masyarkat atau berbanding yang tersurat dalam naskhah Sejarah Melayu. Perihal ini menjadi pemangkin dalam penelitian ini bagi mengenal pasti citra Puteri Gunung Ledang yang diterjemahkan dalam naskhah Hikayat Hang Tuah. Penelitian ini menyusuri naskhah Hikayat Hang Tuah bagi mengenal pasti watak serta perwatakan yang disandarkan pada watak Puteri Gunung Ledang dalam naskhah Hikayat Hang Tuah, lalu dihuraikan secara terperinci. Jelasnya, Puteri Gunung Ledang ditampilkan berbeza dari segi peranan serta kisah-kisah yang diceritakan dalam naskhah Hikayat Hang Tuah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Puteri Gunung Ledang; Hikayat Hang Tuah; Sastera epik; Sastera sejarah; Epik Melayu |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 21244 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 01 Mar 2023 02:14 |
Last Modified: | 01 Mar 2023 02:14 |
Repository Staff Only: item control page