Persepsi pelajar terhadap bahan pembelajaran konsep budaya dan kosmologi Melayu secara dalam talian

Saliza Ismai, and Norhazlina Husin, and Nor Azita Che Din, and Midiyana Mohamad, and Sri Qamariah Mohd Samsir, (2022) Persepsi pelajar terhadap bahan pembelajaran konsep budaya dan kosmologi Melayu secara dalam talian. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 113-122. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
236kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563

Abstract

Bahan pembelajaran yang bersesuaian dalam pembelajaran secara dalam talian adalah satu keperluan yang tidak boleh dinafikan. Pembelajaran bahasa secara dalam talian perlu mengambil kira bahan pembelajaran kerana ia membantu pembelajaran. Kajian berkaitan bahan pembelajaran konsep Budaya dan Kosmologi Melayu secara dalam talian masih belum dijalankan oleh mana-mana pengkaji. Bahan pembelajaran yang mudah dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja terbukti menjadi satu kelebihan dalam pembelajaran secara dalam talian. Sehubungan itu, satu kajian yang menganalisis persepsi pelajar terhadap keperluan bahan pembelajaran konsep Budaya dan Kosmologi Melayu secara dalam talian telah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bersedia untuk berkomunikasi secara dalam talian dengan pensyarah dan rakan-rakan sekiranya mereka tidak memahami konsep Budaya dan Kosmologi Melayu yang dipelajari. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bagi menganalisis maklum balas 169 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden sangat bersetuju dan bersetuju bahan pembelajaran secara dalam talian perlu dibangunkan bagi memudahkan pembelajaran dan pemahaman mereka terhadap konsep Budaya dan Kosmologi Melayu. Dapatan juga menunjukkan bahawa pelajar bersedia menggunakan bahan pembelajaran tambahan sekiranya disediakan. Diharapkan kajian ini dapat membantu dalam membangunkan bahan pembelajaran secara dalam talian yang boleh memudahkan pembelajaran konsep Budaya dan Kosmologi Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi; Pembelajaran dalam talian; Konsep budaya dan kosmologi Melayu; Bahan pembelajaran
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:21246
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Mar 2023 02:56
Last Modified:01 Mar 2023 02:56

Repository Staff Only: item control page