Keberkesanan silibus modul komunikasi bahasa Melayu antarabangsa tahap asas sebagai strategi pembelajaran bahasa Melayu

Daing Zairi Ma’Arof, and Maharam Mamat, and Nurul Atiqah Md. Suhada, and Sofia Ayup, and Amirul Mukminin Mohamad, (2022) Keberkesanan silibus modul komunikasi bahasa Melayu antarabangsa tahap asas sebagai strategi pembelajaran bahasa Melayu. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 1-20. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
533kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa mempunyai teknik dan kaedah yang tersendiri bagi memastikan objektif kursus dicapai. Guru berpengalaman berupaya menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pencapaian pelajar. Salah satu kaedah yang kerap diamalkan dalam pembelajaran bahasa Melayu di UKM adalah melalui penggunaan modul. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Modul Komunkasi Bahasa Melayu Antarabangsa Tahap Asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan modul dari segi kandungan, latihan dan aspek kebahasaan berdasarkan tiga topik kajian yang dipilih iaitu sistem nombor, ucapan tegur sapa dan memperkenalkan diri. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analisis isi kandungan, kajian literatur dan rakaman video pengajaran. Instrumen analisis yang digunakan ialah Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa dan Proforma Kursus. Hasil kajian mendapati kewujudan modul ini mampu membantu pelajar menguasai bahasa Melayu dan berkesan kepada proses pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memantapkan lagi modul ini sebagai alat bantu pelajar untuk belajar bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Keberkesanan silibus bahasa; Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa; Bahasa Melayu tahap asas; Pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu; Pelajar asing
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:21247
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Mar 2023 03:07
Last Modified:01 Mar 2023 03:08

Repository Staff Only: item control page