Iszan Hana Kaharudin, and Wardah Mustafa Din, and Norfazilah Ahmad, and Idayu Badilla Idris, and Azimatun Noor Aizuddin, and Roszita Ibrahim, and Mohd Rizam Abdul Rahman, and Sazman Wahab, (2022) Gelagat perbelanjaan golongan isi rumah b40 terhadap produk kesihatan semula jadi : pemerhatian awal di perumahan awam Sri Kota, Cheras. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 37-50. ISSN 1511-8393
|
PDF
246kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563
Abstract
Produk kesihatan semula jadi merupakan salah satu produk yang menjadi pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia seperti kosmetik, wangian, makanan, suplemen mahupun ubat-ubatan yang berasaskan produk semula jadi yang dianggap berkesan dan selamat. Trend penggunaan produk kesihatan semula jadi semakin meningkat terutamanya dalam tempoh pandemik Covid-19 yang mana pengguna semakin sedar dan prihatin kepentingan suplemen kesihatan agar kehidupan lebih sihat dan sejahtera. Kajian ini merupakan pemerhatian awal gelagat perbelanjaan golongan isi rumah B40 terhadap produk kesihatan semula jadi di kawasan Perumahan Awam Flat Sri Kota, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai enam orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjalani sesi temu bual. Hasil daripada sesi temu bual dianalisis dengan mengeluarkan tema-tema yang menunjukkan faktor yang mempengaruhi pembelian pengguna terhadap produk kesihatan semula jadi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi keputusan perbelanjaan golongan isi rumah B40 iaitu harga barang itu sendiri, pendapatan, harga barang lain, cita rasa, fesyen atau trend masa kini, maklumat barangan dan peraturan atau undang-undang kerajaan. Hasil daripada pemerhatian awal ini dapat dijadikan sebagai panduan dan asas kepada penyelidikan yang berkaitan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gelagat perbelanjaan; Faktor penentu perbelanjaan penggunaan; Produk kesihatan semula jadi |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 21250 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 01 Mar 2023 04:07 |
Last Modified: | 07 Mar 2023 01:52 |
Repository Staff Only: item control page