Norfazilah Ahmad, and Idayu Badilla Idris, and Azimatun Noor Aizuddin, and Roszita Ibrahim, and Wardah Mustafa Din, and Iszan Hana Kaharudin, and Mohd Rizam Abdul Rahman, and Sazman Wahab, and Qistina Mohd Ghazali, (2022) Impak program komuniti : ‘rakyat sihat, inspirasi negara’. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 51-65. ISSN 1511-8393
|
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563
Abstract
Penyakit tidak berjangkit termasuk hipertensi, diabetes dan penyakit jantung merupakan penyakit kronik yang menjadi punca utama morbiditi dan mortaliti serta menimbulkan cabaran penting kepada sistem penjagaan kesihatan. Pengetahuan tentang faktor risiko dan komplikasi penyakit ini penting dalam menggalakkan amalan gaya hidup yang positif. Aktivti pencegahan menerusi pendidikan individu atau berkumpulan untuk meningkatkan tahap pengetahuan adalah aspek penting yang sewajarnya diberi perhatian. Kajian rintis berbentuk program komuniti ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahunan mengenai gejala dan komplikasi tiga penyakit tidak berjangkit utama iaitu hipertensi/tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung dalam kalangan komuniti di sebuah kawasan perumahan awam. Seramai 40 orang penghuni telah terlibat di dalam program ini. Aktiviti program komuniti ini berdasarkan adaptasi daripada modul yang telah dibina dengan sedikit ubahsuai untuk menepati peserta sasaran. Modul yang terlibat adalah ‘Modul Status Kesihatan, Kualiti dan Keperluan Hidup di Kalangan Wanita B40 di Malaysia’. Satu set borang soal selidik digunakan untuk pengumpulan data iaitu: i) sosiodemografi ii) penilaian impak program dan iii) penilaian proses program. Seramai 36 peserta menjawab soalan pra-program dan 33 peserta menjawab soalan pasca-program. Bagi penilaian impak, daripada 17 soalan, terdapat peningkatan peratusan (64.5%) peserta yang menjawab soalan dengan betul. Untuk penilaian proses, item “secara keseluruhannya, program ini adalah berjaya dan bermanfaat” mendapat min skor tertinggi [4.91 (sp 0.29)]. Terdapat peningkatan tahap pengetahuan tehadap gejala dan komplikasi tiga penyakit berjangkit utama ini. Peserta berpuashati dengan proses pelaksanaan program. Dapatan kajian rintis ini boleh menjadi asas untuk membentuk strategi program komuntiti yang lebih komprehensif di masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Impak; Kajian rintis; Program komuniti; Penyakit tidak berjangkit |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 21251 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 01 Mar 2023 04:23 |
Last Modified: | 07 Mar 2023 01:52 |
Repository Staff Only: item control page