Keris : mengenal asal-usul, falsafah dan fungsi

Nor Afian Yusof, and Maharam Mamat, and Lim, Kar Keng and Hamdzun Haron, (2022) Keris : mengenal asal-usul, falsafah dan fungsi. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 66-90. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563

Abstract

Keris bukanlah budaya yang asing dalam masyarakat Melayu Nusantara kerana ia mempunyai simbolik kepada konsep ketuanan dan kedaulatan bangsa Melayu sejak dahulu lagi. Keris dikenali sebagai salah satu daripada alat persenjataan orang Melayu selain tombak, pedang, badik, kelewang, kerambit dan sebagainya lagi. Ia adalah sebuah senjata yang telah diangkat martabatnya ke kedudukan paling tinggi dalam ketamadunan Melayu melebihi senjata lain kerana fungsi, ketinggian falsafah dan nilai seni estetiknya. Kajian ini bertujuan mendalami tentang sejarah asal usul, falsafah dan fungsi keris yang terdapat di alam Melayu. Artikel ini juga turut membincangkan tentang latar belakang keris, jenis-jenis keris, bahagian-bahagian keris dan falsafah di sebalik fungsi dan peranan tersebut sebagai sebahagian daripada cara untuk mengenali peradaban, dan susur galur asal usul budaya bangsa yang bertamadun ini. Fungsi keris telah banyak mengalami perubahan, dari penciptaan asal sebagai senjata, kemudian berubah menjadi barang keramat, pusaka yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat atau darjat, sehinggalah menjadi sebagai barang seni dan cenderamata. Semua ini tersimpul pelbagai falsafah dan nilai peradaban dan ketamadunan bangsa Melayu yang tinggi. Keunikan keris diperjelaskan dalam bentuk fizikal dan non-fizikal oleh pandai besi atau empu yang menciptanya. Frey (2010) menyatakan keris adalah lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sebagai sebuah lambang budaya yang terpenting, ia juga mempamerkan maruah dan status bangsa Melayu itu sendiri sebagai bangsa yang bertamadun dan berperadaban. Orang lelaki tidak akan keluar tanpa berkeris, kerana ia dianggap seperti bertelanjang. Teras dan fungsi keris masih lagi sama walaupun mempunyai perbezaan dari pelbagai bentuk rupa dan gaya kerana pemisahan dan perbezaan antara sempadan lokasi, suku kaum dan etnik. Secara umumnya, keris bukanlah semata-mata menjadi senjata mahupun sebahagian daripada busana, tetapi fungsinya lebih besar daripada itu. Ia menjadi lambang jati diri orang Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Keris; Melayu; Falsafah; Budaya Melayu; Pandai besi
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:21252
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Mar 2023 04:33
Last Modified:07 Mar 2023 01:54

Repository Staff Only: item control page