Kesan modal psikologi dan sokongan organisasi terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja industri

Nur Atiqah Abdullah, and Norazila Mat, and Nurfaten Amyza Ameran, (2022) Kesan modal psikologi dan sokongan organisasi terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja industri. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 91-102. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
341kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563

Abstract

Modal psikologi merupakan suatu keupayaan psikologi yang dimiliki oleh individu dan kajian lepas mendapati ia mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi dan prestasi kerja. Di samping itu, peranan sokongan organisasi sebagai faktor persekitaran kerja juga adalah penting dalam meningkatkan prestasi kerja. Namun dalam konteks di Malaysia, masih kurang kajian mengenai kesan modal psikologi dan sokongan organisasi terhadap prestasi kerja. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti hubungan dan menilai kesan modal psikologi dan sokongan organisasi terhadap prestasi kerja. Sampel kajian terdiri daripada pekerja industri daripada sebuah syarikat multinasional yang terletak dalam kawasan perindustrian di Kulim, Kedah, Malaysia. Borang soal selidik telah digunakan untuk untuk mengumpulkan data kajian. Data kajian dianalisis menerusi ujian korelasi pearson dan analisis regresi dengan menggunakan perisian SPSS versi 23. Keputusan ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara modal psikologi dan sokongan organisasi dengan prestasi kerja. Seterusnya, keputusan analisis regresi menunjukkan modal psikologi dan sokongan organisasi mempunyai kesan dan pengaruh yang signifikan terhadap prestasi kerja. Akhir sekali, kajian ini membincangkan implikasi kepada pihak pengurusan sumber manusia dalam menguruskan dan membangunkan sumber manusia dalam organisasi.

Item Type:Article
Keywords:Modal psikologi; Sokongan organisasi; Prestasi kerja; Pengurusan sumber manusia; Persekitaran kerja
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:21253
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Mar 2023 04:39
Last Modified:01 Mar 2023 04:39

Repository Staff Only: item control page