Kaedah pembelajaran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli (OA) Jakun, di SK Kampong Bahru, Lenga, Johor sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Nora’Azian Nahar, and Nurul Jamilah Rosly, (2022) Kaedah pembelajaran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli (OA) Jakun, di SK Kampong Bahru, Lenga, Johor sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 123-135. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
744kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563

Abstract

Tiada suatu kaedah pembelajaran membaca yang didapati berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca lebih-lebih lagi bagi murid Orang Asli (OA) yang berpencapaian akademik rendah, mudah lupa, tidak bermotivasi belajar, dan hidup dalam serba kekurangan. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis keberkesanan kaedah pembelajaran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli (OA) tahap 1 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Kajian menggunakan reka bentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan data dilakukan secara pemerhatian, analisis dokumen, transkrip video dan menemu bual 10 orang subjek kajian dalam kalangan murid OA, dan 6 orang informan dalam kalangan ibu bapa masyarakat OA, guru serta pentadbir Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru (SKKB), Lenga, Johor bagi mendapatkan data primer. Hasil dapatan daripada program Guru Cilik dan pembinaan pondok bacaan oleh keluarga masyarakat OA di SKKB menunjukkan bahawa murid OA Tahun 2 dan Tahun 3 dapat menguasai kemahiran asas membaca dan termotivasi untuk hadir ke sekolah. Kerjasama erat daripada ibu bapa masyarakat OA memantau program tersebut di rumah juga merangsang mereka untuk belajar membaca. Usaha mengekalkan momentum dan minat murid OA perlu dimantapkan untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup tanpa mengesampingkan budaya tradisional mereka.

Item Type:Article
Keywords:Guru cilik; Membaca; Motivasi; Orang Asli; Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:21255
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Mar 2023 06:15
Last Modified:07 Mar 2023 01:58

Repository Staff Only: item control page