Pengukuhan keperibadian pelajar muslim melalui service-learning

Norain Azlan, and Najah Nadiah Amran, (2022) Pengukuhan keperibadian pelajar muslim melalui service-learning. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 136-156. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
363kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563

Abstract

Service-Learning (S-L) menawarkan pengalaman pembelajaran yang bermakna secara teori dan praktikal melalui usaha berkhidmat untuk masyarakat bagi memenuhi keperluan mereka. Islam memandang memberi khidmat kepada komuniti sebagai salah satu amalan terbaik. Oleh itu nilainilai yang dipupuk melalui S-L bukanlah suatu yang terpisah daripada elemen agama. Makalah ini meneroka impak dan pengalaman pembelajaran S-L yang telah dilalui oleh pelajar bidang pengajian Islam dari Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia menganalisis maklumbalas bertulis yang diberikan oleh peserta yang telah menjawab dua soalan terbuka dalam soalselidik. Seramai 256 peserta kajian telah menjawab soalselidik dan juga soalan terbuka tersebut. Data yang dikumpul diproses secara tematik menggunakan perisian ATLAS.Ti. Terdapat tiga tema utama yang dikeluarkan daripada jawapan peserta menunjukkan bahawa khidmat yang diberikan menunjukkan Islam bersifat syumul, kasih sayang dan agama dakwah. Antara penekanan personaliti positif yang terbentuk adalah rasa persaudaraan, keinginan untuk membantu orang lain serta rasa kesyukuran. Dari segi praktikalnya, teori-teori Islam yang diperolehi dalam bilik kuliah dapat dilaksanakan dan dikongsi di lapangan masyarakat untuk manfaat yang lebih besar bagi memenuhi keperluan sebenar. Justeru, kajian ini mencadangkan agar, amalan S-L diterapkan secara sistematik di dalam pembelajaran di institusi pengajian tinggi untuk tujuan menghasilkan graduan Muslim yang holistik dan tersedia bagi berkhidmat kepada masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Amalan pembelajaran berimpak tinggi; Pengajian Islam; Service learning
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:21256
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Mar 2023 06:20
Last Modified:01 Mar 2023 06:20

Repository Staff Only: item control page