Penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat : pemerhatian awal dalam kalangan penduduk perumahan awam Sri Kota, Cheras

Wardah Mustafa Din, and Iszan Hana Kaharudin, and Rasyidah Che Seman, and Norfazilah Ahmad, and Idayu Badilla Idris, and Azimatun Noor Aizuddin, and Roszita Ibrahim, and Mohd Rizam Abdul Rahman, and Sazman Wahab, and Qistina Mohd Ghazali, (2022) Penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat : pemerhatian awal dalam kalangan penduduk perumahan awam Sri Kota, Cheras. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 157-166. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
254kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563

Abstract

Pasca pandemik penggunaan produk kesihatan semulajadi semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia, dan juga di Malaysia. Terdapat beberapa tujuan penggunaan produk kesihatan berasaskan bahan semulajadi oleh pengguna iaitu untuk merawat penyakit, mengawal simptom penyakit, mencegah penyakit dan untuk kesihatan umum. Seringkali penggunaan produk kesihatan semulajadi ini merupakan keputusan peribadi pengguna, dan sukar dipantau. Justeru itu, penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat merupakan satu aspek yang penting untuk ditangani. Kesedaran dan pengetahuan pengguna perlu dipertingkatkan supaya keselamatan pengguna dapat dijaga. Kajian ini merupakan pemerhatian awal di Perumahan Awam Sri Kota, Cheras, dimana seramai 32 orang penduduk ditemubual secara ringkas untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat. Terdapat lima (5) soalan ringkas ditanya untuk mendapatkan maklumat mengenai i) elemen produk yang disemak sebelum membuat pembelian produk, ii) individu yang dirujuk dalam penggunaan produk, iii) Faktor pemilihan/penggunaan produk, iv) logo yang dilihat pada produk dan v) pendaftaran produk melalui Quest 3+. Daripada kelima-lima soalan ini, didapati bahawa majoriti ahli komuniti yang ditemubual di Perumahan Awan Sri Kota, Cheras mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana rendah mengenai penggunaan produk kesihatan yang selamat. Oleh yang demikian, inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai penggunaan produk kesihatan yang selamat perlu dipergiat melalui pelbagai pendekatan agar masyarakat menjadi pengguna produk kesihatan yang bermaklumat dan selamat.

Item Type:Article
Keywords:Produk kesihatan semulajadi; Penggunaan produk selamat; Komuniti; Pengguna
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:21257
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Mar 2023 07:14
Last Modified:07 Mar 2023 02:00

Repository Staff Only: item control page