Reka bentuk ‘sulam’ di UKM : perkongsian pengalaman dua projek rintis

Rozita Ibrahim, and Norfazilah Ahmad, and Puteh Noraihan A Rahman, (2022) Reka bentuk ‘sulam’ di UKM : perkongsian pengalaman dua projek rintis. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23 . pp. 192-203. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563

Abstract

Istilah ‘SULAM’ merujuk kepada ‘Service Learning Malaysia – University for Society’ dan merupakan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). SULAM diterapkan di dalam kursus berkredit dan dilaksanakan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman melibatkan pelajar, pensyarah dan komuniti yang dipilih dengan keperluan tertentu. Kertas ini membincangkan dua projek SULAM di UKM dari segi reka bentuk dan pelaksanaannya. Projek pertama dinamakan Penjagaan Kesihatan Komprehensif (CHC) dan melibatkan pensyarah dan pelajar Fakulti Perubatan dan Pusat Pengajian Citra Universiti. Projek ini dijalankan bersama komuniti di Bandar Tun Razak, Cheras. Projek kedua pula dinamakan Asli-Pimpin dan melibatkan pelajar serta pensyarah Pusat Pengajian Citra Universiti, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Undang-undang. Projek ini dijalankan bersama komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor. Pada akhir kertas turut dibincangkan cabaran yang dihadapi dan langkah yang diambil dalam menjalankan SULAM semasa waktu pandemik dan endemik Covid-19.

Item Type:Article
Keywords:SULAM; Pembelajaran berasaskan khidmat; Pedagogi; HIEPS; Pendidikan tinggi
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:21258
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Mar 2023 07:20
Last Modified:07 Mar 2023 02:02

Repository Staff Only: item control page