Azalillah Ramdani Musa, and Norngainy Mohd Tawil, (2022) Cabaran pemilikan rumah untuk generasi milenium di lembah Klang, Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 23-32. ISSN 0128-0198
|
PDF
566kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/
Abstract
Generasi Milenium merupakan kohort generasi yang diklasifikasikan sebagai golongan yang berumur antara 23 tahun hingga 38 tahun pada tahun 2019, ia boleh menjadi titik rujukan untuk menggambarkan ciri dan demografi generasi ini. Pada era baharu 2020 ini, generasi Milenium telah menghadapi cabaran besar dalam isu pemilikan rumah, untuk memahami isu ini penyelidikan ini akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilikan rumah dan cabarannya bagi generasi Milenium dalam pemilikan rumah di Kawasan Lembah Klang. Metodologi kajian ini dijalankan adalah secara kuantitatif melalui kajian soal selidik dijalankan kepada 500 orang responden dan seramai 467 orang responden yang telah memberikan maklumbalas iaitu 94.3%. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilikan serta cabaranya dikenalpasti dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Nilai min digunakan untuk mengenalpasti tahap kesetujuan responden terhadap instrumen faktor. Hasil daripada analisis faktor-faktor yang mempengaruhi pemilikan rumah adalah faktor umur, status perkahwinan, taraf pendidikan, status majikan, tempoh masa bekerja, bilangan isi rumah, faktor pendapatan isi rumah dan perbelanjaan merupakan faktor yang mempengaruhi pemilikan kediaman. Seterusnya kajian ini mendapati cabaran yang menyebabkan genarasi Milenium ini masih tidak memiliki kediaman sendiri adalah disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang terlalu tinggi dan kurangnya penawaran rumah pada harga mampu milik, bayaran ansuran yang tinggi, kadar faedah pinjaman yang tinggi, tiada wang simpanan, komitmen sedia ada yang tinggi, tidak layak membeli rumah skim kos rendah, pekerjaan masih belum stabil, ingin membeli rumah selepas berkahwin. Faktor-faktor kajian ini adalah penting untuk mengkaji punca permasalahan ini berlaku dan kaedah mengatasi masalah ketidakmampuan pemilikan rumah untuk generasi Milenium ini dapat ditangani.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Generasi milenium; Pemilikan rumah; Rumah mampu milik; Cabaran |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 21300 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 05 Mar 2023 03:24 |
Last Modified: | 06 Mar 2023 08:11 |
Repository Staff Only: item control page