Noraziah Mohammad, and Noor Aisyah Mokhtar, and Suhana Johar, and Zabidi Hamzah, (2022) Pengurusan risiko kesan pandemik Covid-19 kepada projek perumahan terbengkalai di Malaysia: satu kajian literatur. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 33-40. ISSN 0128-0198
|
PDF
205kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/
Abstract
Kemungkinan adalah ketidaktentuan kebangkalian berlakunya sesuatu aktiviti ataupun peristiwa yang boleh memberi kesan positif ataupun negatif merupakan risiko. Risiko terhadap projek pembinaan boleh mengakibatkan kerugian dari segi kos dan masa untuk projek-projek pembinaan yang terlibat. Kesan risiko ini melibatkan prestasi dan kerugian sesebuah organisasi seperti pemaju perumahan, kontraktor ataupun kerugian kepada individu tertentu seperti pembeli rumah. Pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia juga memberi kesan negatif terhadap projek-projek pembinaan di Malaysia. Kesan pandemik COVID-19 ini, secara tidak langsung telah menyebabkan projek-projek pembinaan perumahan terbengkalai dan juga tidak dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan seperti di dalam kontrak. Ini mengakibatkan pembeli-pembeli tidak dapat menduduki rumah mereka mengikut tempoh jangka masa yang telah ditandatangani di dalam perjanjian jual beli dengan pemaju. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk melihat risiko-risiko di dalam pengurusan projek-projek perumahan yang terbengkalai di Malaysia dan garis panduan pengurusan risiko sedia ada semasa era pandemik COVID-19 di Malaysia. Skop kajian ini berdasarkan kajian pustaka, berita-berita semasa pandemik COVID-19, dan juga kajian secara rujukan dokumen terhadap garis panduan pengurusan projek dan garis panduan pengurusan risiko projek yang telah dikeluarkan oleh jabatan kerajaan. Kajian ini mengenal pasti, dua jenis risiko utama dalam pengurusan projek pembinaan perumahan iaitu dari aspek dalaman dan luaran. Risiko dari aspek dalaman melibatkan lima perkara berkaitan klien, perunding-perunding, kontraktor utama, subkontraktor dan pengedar bahan binaan. Manakala, risiko dari aspek luaran pula melibatkan fizikal tapak bina, ekonomi, politik, perundangan dan kontek tapak. Strategi pengurusan risiko digunakan untuk projek pembinaan perumahan bagi pengurusan risiko untuk mengelakkan berlakunya projek perumahan terbengkalai seperti penahan, mengurangkan, memindahkan dan menghindarkan. Kajian literatur mendapati pengurusan risiko penting untuk menentukan, menilai dan mengutamakan risiko dengan memantau, mengawal, dan menggunakan pengurusan sumber yang betul dalam keadaan ekonomi semasa supaya dapat mengurangkan kemungkinan kejadian buruk dan memaksimumkan pencapaian projek. Di samping itu, kajian ini merumuskan bahawa pengurusan risiko perlu dalam menangani masalah projek terbengkalai semasa pandemik COVID-19.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Projek perumahan terbengkalai; Risiko dan pengurusan; Pandemik COVID-19 |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 21301 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 05 Mar 2023 03:33 |
Last Modified: | 06 Mar 2023 08:13 |
Repository Staff Only: item control page