Kriteria bangunan ikonik dalam menentukan keberkesanan aspek fizikal dan fungsi

Ismar M.S. Usman, and Nur Elisya, and Jasmi Thiena, and Irfan Md Nor, M.F. and Mazlan Mohd Tahir, (2022) Kriteria bangunan ikonik dalam menentukan keberkesanan aspek fizikal dan fungsi. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 41-50. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
669kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/

Abstract

Perkembangan dalam dunia seni bina semakin membangun dengan pesat dan menyumbang pada kemunculan bangunan – bangunan baharu. Namun, kemunculan pembangunan baharu telah menyebabkan kekeliruan identiti sesuatu kawasan. Dalam menyelesaikan isu identiti, pelbagai binaan bangunan bercirikan ikonik dihasilkan untuk dijadikan sebagai lambang dalam bandar di serata dunia. Seni bina bercirikan ikonik setempat dapat dijadikan sebagai satu tanda tempat di suatu kawasan atau lebih dikenali sebagai ‘mercu tanda’ sesuatu kawasan yang melambangkan karya seni bina pada era waktu tertentu di sesuatu kawasan tersebut. Objektif kajian adalah bagi mengenal pasti karakter- karakter, ciri – ciri, dan mercu tanda kawasan dalam menentukan seni bina ikonik yang menjadi langkah penyelasaian isu identiti dalam sesebuah kawasan. Kajian ini lebih menfokuskan pada aspek asas yang membentuk sebuah persekitaran, iaitu dari segi fizikal, sosial, psikologi dan perilaku. Kaedah kajian dalam dalam penelitian ini dilakukan dengan kajian secara langsung dengan menggunakan teknik fotografi, pemerhatian, temubual dan soal selidik untuk mendapatkan kesan atau persepsi daripada orang lain yang melihat bangunan tersebut. Secara keseluruhannya, berdasarkan daripada kajian sekunder atau kajian literatur, dapat disimpulkan bahawa definisi dalam menentukan sebuah bangunan tersebut ikonik adalah dengan mengkaji reka bentuk sesuatu bangunan tersebut yang dibina mengikut era dan zaman yang memenuhi kriteria dan konsep ikonik, iaitu sebuah bangunan yang mempunyai skala dan bersifat megah, geometrikal, serta mempunyai sifat dan elemen yang gah melalui ekspresi pelbagai aspek, terutamanya dalam penggunaan struktur dan bahan binaan, serta fungsi yang menjadikannya sebagai kawasan tumpuan yang penting. Oleh itu, jangkaan hasil kajian terhadap perbandingan ciri – ciri beberapa bangunan tersebut haruslah mampu menilai dalam menentukan kriteria untuk menjadi sebuah bangunan ikonik bagi memartabatkan lagi identiti setempat dalam bandar.

Item Type:Article
Keywords:Kriteria ikonik; Bangunan ikonik; Mercu tanda
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21302
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:05 Mar 2023 03:40
Last Modified:06 Mar 2023 08:16

Repository Staff Only: item control page