Aktiviti yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di jalan warisan bandar lama Kajang

Nor Haslina Ja’afar, and Mohd Iskandar Abd Malek, and Nor Afifah Husen, (2022) Aktiviti yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di jalan warisan bandar lama Kajang. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 51-58. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
802kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/

Abstract

Di dalam reka bentuk bandar, jalan merupakan salah satu elemen penting yang berfungsi sebagai ruang awam terbuka terutamanya di Malaysia. Imej sesebuah jalan pada masa yang sama menggambarkan karakter sesebuah bandar. Jika sesebuah jalan itu mempunyai persekitaran yang selamat serta mesra pejalan kaki, maka perkara yang sama juga menggambarkan bandar tersebut. Namun pembangunan pada hari ini, banyak jalan-jalan di bandar warisan memaparkan suasana kurang selamat terutamanya di waktu malam kerana tiadanya atau kekurangan aktiviti. Maka, objektif penulisan ini adalah membincangkan faktor aktiviti yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di Jalan Mendaling dan Jalan Tukang, Bandar Warisan Kajang Selangor. Jalan tradisional tersebut dipilih sebagai kajian kes kerana ia berfungsi sebagai ruang awam terbuka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi teknik temu bual dan pemerhatian tapak. Responden untuk temubual adalah pengguna jalan yang terdiri dari pengguna statik dan mobil di mana ia melibatkan 20 orang. Kesemua data akan dibincangkan menerusi analisis persilangan dan dikaitkan dengan kajian literatur sebelum penemuan diperoleh. Penemuan menunjukkan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di kawasan kajian. Ia adalah kegunaan bangunan bercampur dengan penginapan, Kepelbagaian perniagaan dan perkhidmatan serta masa operasi perniagaan. Penemuan ini dapat menyumbang kepada arkitek, pereka bentuk dan perancang bandar, bagaimana menghidupkan persekitaran yang selamat dan mesra pejalan kaki sekaligus.

Item Type:Article
Keywords:Jalan warisan; Selamat; Aktiviti; Kegunaan bangunan
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21303
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:05 Mar 2023 09:00
Last Modified:06 Mar 2023 08:17

Repository Staff Only: item control page