Wardah Fatimah Mohammad Yusoff, and Jessie, Foo and Ashrifa Amir, (2022) Kriteria reka bentuk atrium dalam aspek sosial dan persekitaran bangunan komersial di Lembah Klang. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 59-70. ISSN 0128-0198
|
PDF
583kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kriteria reka bentuk atrium dan impaknya terhadap aspek sosial dan persekitaran di bangunan komersial yang terletak di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Reka bentuk atrium mempengaruhi keadaan sosial dan persekitaran di dalam bangunan. Maka, objektif kajian ini adalah mengenalpasti kriteria reka bentuk atrium pada bangunan komersial yang dipilih, serta mengkaji impak kriteria tersebut kepada aspek sosial dan persekitaran. Terdapat dua kaedah kajian iaitu kajian literasi dan penelitian deskriptif kualitatif. Senarai kriteria reka bentuk atrium dalam bangunan serta impaknya terhadap aspek sosial dan persekitaran telah dihasilkan berdasarkan kajian pustaka dan dokumen. Empat bangunan komersial telah dipilih sebagai kajian kes. Hasil penemuan kajian menunjukkan penggunaan bumbung kaca atrium menggalakkan pencahayaan semula jadi dalam bangunan serta menggalakkan interaksi sosial antara pengguna. Bukaan yang sesuai di ruang atrium pula membolehkan pengudaraan semula jadi yang mampu menjimatkan penggunaan tenaga bangunan. Perabot dan lanskap yang bersesuaian di ruang atrium menggalakkan pengguna untuk menjalankan aktiviti di kawasan tersebut untuk masa yang lebih lama. Ruang atrium yang cukup besar dan terang dapat memuatkan pelbagai persembahan, pameran, bazar dan gerai-gerai kecil untuk menarik aliran pengguna. Selain itu, ruang atrium juga memberi akses visual kepada pengguna untuk memahami sirkulasi keseluruhan bangunan. Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan dalam mereka bentuk atrium pada bangunan yang bersesuaian dengan iklim tropika, dan memahami kriteria reka bentuk atrium yang menyumbang kepada persekitaran dalaman dan sosial yang selesa kepada pengguna.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kriteria sosial; Kriteria persekitaran; Bangunan komersial |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 21304 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 05 Mar 2023 09:17 |
Last Modified: | 06 Mar 2023 08:19 |
Repository Staff Only: item control page