Kajian perbandingan penggunaan aplikasi lumion dan V-Ray for Sketchup bagi penghasilan visual persembahan akhir reka bentuk seni bina

M.F.I Mohd-Nor, and Nor Izatul Amirah M. Azman, and Mazlan Mohd Tahir, and Ismar M.S Usman, (2022) Kajian perbandingan penggunaan aplikasi lumion dan V-Ray for Sketchup bagi penghasilan visual persembahan akhir reka bentuk seni bina. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 71-83. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/

Abstract

Pada era teknologi digital dan visual yang semakin membangun ini, perisian grafik seni bina telah menjadi semakin canggih dan digunakan dengan meluas didalam industri dan juga di peringkat pendidikan tinggi; bukan sahaja untuk memudahkan pengguna tetapi untuk mendapatkan hasil grafik yang lebih baik, konsisten dan pantas. Pelajar jurusan seni bina di peringkat universiti juga tidak terkecuali dalam memastikan diri mereka tidak ketinggalan daripada mengikuti perkembangan pembangunan teknologi yang terkini terutamanya teknologi semasa yang terkait dengan proses pembelajaran mereka. Ketersediaan perisian grafik di pasaran yang setiap tahun menjadi lebih kompleks dan khusus terbukti dapat membantu pelajar seni bina dalam memastikan proses penyampaian menjadi lebih mudah dan menarik jika perisian yang sesuai dipilih dan digunakan pelajar. Adalah tidak dinafikan jika perisian yang kurang sesuai dipilih dan digunakan pelajar, ianya akan menjejaskan hasil akhir persembahan reka bentuk yang diinginkan. Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan di antara penggunaan dua perisian grafik yang digunakan secara meluas oleh pelajar seni bina pada masa ini iaitu perisian grafik Lumion 8.0 dan perisian grafik V-Ray 3.4 for Sketchup dan mengenalpasti kelebihan serta kekurangan yang timbul pada proses Rendering. Untuk mencapai tujuan kajian tersebut, rakaman proses penggunaan perisian Lumion 8.0 dan V-Ray 3.4 for SketchUp bagi tujuan rendering telah dibuat terhadap sebuah reka bentuk bangunan bagi projek akhir kursus studio reka bentuk seni bina peringkat prasiswazah. Secara umumnya, hasil mendapati kelebihan perisian Lumion 8.0 terletak kepada tempoh masa rendering yang lebih cepat, manakala kelebihan perisian V-Ray 3.4 for SketchUp pula terletak kepada kualiti perincian rendering yang dihasilkan.

Item Type:Article
Keywords:Grafik Seni Bina; Lumion; V-Ray; Rendering
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21306
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:05 Mar 2023 09:23
Last Modified:06 Mar 2023 08:24

Repository Staff Only: item control page