Pendekatan lestari masjid-masjid lama di bandar Melaka

Mohd Farid Mohamed, and Muhammad Nushi Izahar, and Wardah Fatimah Mohammad Yusoff, (2022) Pendekatan lestari masjid-masjid lama di bandar Melaka. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 85-95. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/

Abstract

Bagi masyarakat Islam, masjid adalah institusi yang amat penting terutama dalam urusan ibadah dan kemasyarakatan. Masjid mempunyai pelbagai fungsi termasuk dalam membangunkan pemahaman tentang Islam di kalangan masyarakat serta perpaduan dalam kalangan ummah atau masyarakat setempat, bahkan termasuk masyarakat bukan Islam. Oleh itu, amatlah penting bagi perkembangan masjid untuk mengambil berat akan aspek kelestarian bangunan yang memberi impak kepada faktor sosial, persekitaran dan ekonomi. Objektif kajian ini adalah untuk melakukan kajian awal bagi membincangkan tentang kelestarian masjid warisan di pusat Bandar Melaka. Antara fokus utama adalah berkenaan pendekatan hijau. Kajian ini masih di peringkat awal, yang mana kajian kes dilakukan ke atas dua masjid tertua di Bandar Melaka iaitu Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Kling. Kajian awal ini memberi fokus kepada peranan masjid terhadap aspek sosial, persekitaran dan ekonomi bagi penduduk setempat. Kajian ini juga membincangkan tentang sejarah dan seni bina masjid-masjid tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Kling merupakan rumah ibadat yang sepatutnya dijadikan contoh kepada bangunan ibadat yang lestari dalam semua aspek iaitu aspek ekonomi, sosial dan juga persekitaran. Hasil daripada kajian ini, ia merungkai tentang pendekatan kelestarian masjid-masjid tersebut, dan membuktikan peranan masjid adalah amat penting dalam pembangunan masyarakat. Reka bentuk masjid warisan yang lestari ini dapat dijadikan contoh dan panduan kepada pembinaan masjid moden.

Item Type:Article
Keywords:Masjid Kampung Hulu; Masjid Kampung Kling; Kelestarian
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21307
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:05 Mar 2023 09:27
Last Modified:06 Mar 2023 08:30

Repository Staff Only: item control page