Zuliza Mohd Kusrin , (2001) Pendaftaran memeluk agama Islam di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 22 . ISSN 0216-5636
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/~ijis/index.html
Abstract
Rencana ini membincangkan tentang peruntukan undang-undang Persekutuan dan enakmen negeri-negeri yang perlu dipatuhi oleh seseorang saudara baru sebelum mendaftar pengislamannya. Analisa data adalah berdasarkan peruntukan undang-undang, keputusan kes yang berkaitan serta pandangan para sarjana disiplin tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa seseorang saudara baru boleh mendaftar sebagai penganut agama Islam setelah berumur lapan belas tahun ke atas. Kedua, pendaftaran sebagai seorang Islam adalah bukti utama keislamannya walaupun saudara aru tersebut tidak mengamalkan ajaran-ajaran agama Islam dalam kehidupan hariannya. Ketiga, pendaftaran memeluk Islam penting bagi mengelakkan perselisihan faham dalam urusan pengkebumian jenazah saudara baru. Menurut sistem perundangan di Malaysia pengislaman seorang saudara baru dianggap sempurna setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan berjaya mendaftarkan pengislamannya
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 2131 |
Deposited By: | Ms. Nor Ilya Othman |
Deposited On: | 30 Jun 2011 00:56 |
Last Modified: | 15 Aug 2011 08:11 |
Repository Staff Only: item control page