Penyesuai gunaan semula rumah kedai lama di jalan Mendaling, Kajang - satu tinjauan umum

Suhana Johar, and Tan, Sherron and Noraziah Mohammad, (2022) Penyesuai gunaan semula rumah kedai lama di jalan Mendaling, Kajang - satu tinjauan umum. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 111-121. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/

Abstract

Pemuliharaan bangunan umumnya adalah satu usaha untuk memelihara dan mengekalkan suatu warisan budaya dan semulajadi bagi memastikan hayatnya dapat dinikmati oleh generasi baru. Salah satu pendekatan pemuliharaan yang popular digunakan di serata dunia adalah penyesuai gunaan bangunan. Selaras dengan salah satu agenda “Sustainable Development Goal 2030”- United Nation Development Programme, pendekatan penyesuai gunaan ini dapat menjimatkan penggunaan sumber melalui penggunaan bahan binaan baru dan juga perancangan guna tanah. Deretan bangunan-bangunan warisan seperti bangunan kedai lama ini jelas boleh ditemui di kebanyakan pusat bandar lama dan sebahagian daripada stok bangunan warisan ini berada di bawah ancaman kemusnahan akibat pengabaian. Kajian ini adalah untuk adalah untuk mengenal pasti pendekatan pemuliharaan bangunan yang dijalankan pada stok bangunan lama di Jalan Mendaling, Bandar Kajang di samping melihat sejauh mana bangunan-bangunan lama di bandar tersebut masih mengekalkan fungsi asalnya. Ini dilakukan dengan membuat kajian tinjauan atau pemerhatian di lokasi yang sebelumnya dimulakan dengan kajian awalan berkaitan teori. Analisis kandungan juga dilakukan bagi mendapatkan strategi penyesuaian gunaan yang bersesuaian bagi tipologi bangunan yang dikaji. Sebanyak 36 buah bangunan lama yang terletak di jalan tersebut telah dikenal pasti reka bentuk bangunannya, jenis perniagaan, penukaran fungsi dan pengubahsuaian fakadnya. Hasil analisis mendapati kebanyakan bangunan iaitu 78% masih mengekalkan fungsi asal sebagai premis perniagaan walaupun kebanyakannya telah berubah bentuk perniagaan asal dan mengalami transformasi reka bentuk bangunan dari yang asal. Pengekalan fungsi asal dapat dilihat pada ruang aras tanah tetapi di bahagian atas, telah mengalami perubahan penggunaan. Didapati juga rumah kedai lama yang ditinggalkan kosong kebanyakkannya memerlukan strategi bentuk perniagaan yang sesuai memandangkan kedudukan rumah kedai di Jalan Mendaling ini adalah pada laluan utama trafik Bandar Kajang.

Item Type:Article
Keywords:Pemuliharaan bangunan;Ppenyesuai gunaan semula; Rumah kedai lama; Jalan Mendaling
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21310
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:05 Mar 2023 10:02
Last Modified:06 Mar 2023 08:47

Repository Staff Only: item control page