Nik Lukman Nik Ibrahim, and Sarah Mohd Hilmee, and Alnaser, Hayder M. F. (2022) Penggunaan panduan mudah pencahayaan siang dalam reka bentuk bangunan perpustakaan berlainan era. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 123-134. ISSN 0128-0198
|
PDF
578kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/
Abstract
Kajian ini menyelidiki penggunaan pencahayaan semula jadi dalam reka bentuk perpustakaan dari pelbagai era bertujuan untuk mencerakinkan panduan, kaedah dan strategi yang digunakan oleh arkitek dalam menerapkan reka bentuk pencahayaan siang. Penyelidikan intensif mengenai sejarah kewujudan perpustakaan dari zaman kuno dan kemajuannya sepanjang zaman juga dilakukan bagi memahami nilai dan perubahan gaya serta reka bentuk seni bina. Dua perpustakaan bersejarah dari era sebelum kurun ke-20 dipilih untuk kajian penggunaan strategi pencahayaan siang pada zaman cahaya elektric masih belum digunakan dalam bangunan. Di samping itu dua perpustakaan pasca kurun ke-20 dipilih untuk mengkaji penggunaan pencahayaan semula jadi. Penyelidikan ini mendedahkan tiga panduan mudah yang digunakan oleh kesemua bangunan yang dikaji iaitu limiting floor depth, window area to wall area ratio dan window area to floor area ratio. Kajian ini mendapati bahawa panduan mudah yang paling konsisten dalam setiap bangunan adalah limiting floor depth, di mana kedalaman pelan lantai berada dalam lingkungan 6 meter bagi pencahayaan unilateral dan 12 meter untuk pencahayaan siang bilateral. Setiap bangunan perpustakaan yang dikaji didapati menggunakan lebih daripada satu panduan mudah dalam reka bentuknya. Ini menunjukkan panduan mudah pencahayaan siang telah digunakan dalam reka bentuk bangunan perpustakaan di kawasan yang berbeza iklim, tapak dan era. Panduan mudah ini adalah sebuah panduan ringkas yang membantu arkitek dalam mereka bentuk sesebuah bangunan yang mampu bertahan sepanjang zaman. Ia juga menunjukkan panduan mudah pencahayaan siang telah digunakan oleh para akitek sejak zaman berzaman bagi mereka bentuk bangunan perpustakaan yang diterangi cahaya dengan sempurna.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pencahayaan semula jadi; Panduan mudah pencahayaan siang; Perpustakaan |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 21311 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 05 Mar 2023 10:11 |
Last Modified: | 06 Mar 2023 08:53 |
Repository Staff Only: item control page