Pemilihan jenis-jenis motif ukiran pada rumah warisan selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Azreena Abu Bakar, and Kamarul Afizi Kosman, and Nor Zalina Harun, (2022) Pemilihan jenis-jenis motif ukiran pada rumah warisan selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Jurnal Kejuruteraan, 34 (5(1)SI). pp. 135-141. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/

Abstract

Ukiran warisan Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam. Ia jelas terbukti dengan lukisan haiwan mitos dan tumbuhan motif yang terdapat pada objek arkeologi di Lembah Bujang. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke-14 akhirnya membawa perubahan yang besar dalam dunia seni ukiran termasuklah di Terengganu dan Kelantan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti motif awal yang digunakan selepas penyebaran Islam di Tanah Melayu. Negeri Kelantan dan Terengganu dipilih kerana kebanyakan rumah lama dan pengukir-pengukir mahir lahir di sana dan terkenal dengan kepelbagaian motif ukiran. Sebanyak empat belas buah rumah yang dikenal pasti sebagai rumah warisan dipilih. Ukiran pada 12 buah rumah di Kelantan dan Terengganu adalah merujuk kepada lukisan terukur di Pusat Kajian Alam Melayu (KALAM) UTM, Skudai. Sebuah rumah warisan kemudiannya dipilih sebagai sampel yang paling ideal daripada 14 buah rumah warisan yang dipilih untuk mengenal pasti motif awal yang digunakan selepas kedatangan Islam. Dua pengukir tersohor ditemu bual dalam aspek pemilihan motif. Kajian yang dilakukan adalah tertumpu kepada beberapa komponen bahagian rumah yang mempunyai banyak motif ukiran seperti pada dinding dan lubang pengudaraan. Motif-motif ukiran tersebut dikaji akan kepentingannya dari segi pemilihan motif dan perletakan. Hasil dapatan kajian ini ialah terdapat empat jenis motif yang sering dipilih selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu motif flora, fauna, kaligrafi dan geometri. Diharapkan kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan terhadap pencarian identiti Malaysia dalam konteks sejarah dan warisan.

Item Type:Article
Keywords:Jenis-jenis motif ukiran; Ukiran rumah warisan; Motif-motif ukiran dalam Islam
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21312
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:05 Mar 2023 10:25
Last Modified:06 Mar 2023 08:56

Repository Staff Only: item control page