Persepsi orang kurang upaya (OKU) terhadap potensi perusahaan kecil dan keusahawanan dari rumah untuk aksesibiliti premis persendirian

Nur Amirah Abd Samad, and Nurul Aishah Abu Bakar, and Asiah Abdul Rahim, (2022) Persepsi orang kurang upaya (OKU) terhadap potensi perusahaan kecil dan keusahawanan dari rumah untuk aksesibiliti premis persendirian. Jurnal Kejuruteraan, 34 (SI5(1)). pp. 151-157. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
420kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/

Abstract

Covid -19 yang telah mula merebak ke Malaysia pada tahun 2020 telah mengubah corak kehidupan rakyat dari sudut ekonomi, sosial dan persekitaran. Norma kehidupan baharu yang diperkenalkan telah mengubah kehidupan dan telah membantutkan pertumbuhan ekonomi negara lebih-lebih lagi apabila banyak syarikat yang telah menutup perniagaan mereka. Satu impak dari perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan memberi kesan terhadap sektor pekerjaan. Hal ini kerana, banyak sektor pekerjaan yang terpaksa ditutup sebagai usaha membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus menular di dalam masyarakat. Kebanyakan syarikat, operasi perniagaan, organisasi swasta serta kerajaan ditutup serta merta semasa PKP telah menyebabkan banyak syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan hingga menyebabkan syarikat terpaksa membuang pekerja. Walaupun ia terkesan bagi semua orang namun golongan orang kurang upaya (OKU) ini lebih banyak terkesan dengan keterbatasan yang mereka telah alami sebelum ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mngetahui persepsi OKU terhadap potensi menaiktaraf aksesibiliti premis persendirian supaya mesra OKU sebagai ransangan fizikal untuk kemajuan perniagaan dan perusahaan kecil OKU. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan kaedah reka bentuk gabungan penerokaan dengan memulakan kajian dengan mengkaji dokumen-dokumen berkaitan bantuan kewangan kerajaan dan seterusnya mengedarkan borang kaji selidik. Kesimpulan kajian ini akan mengetengahkan persepsi OKU dalam bidang keusahawanan di premis fizikal dan bantuan kewaangan kerajaan yang telah diberikan sebelum dan sewaktu pandemik berlaku di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Keusahawanan OKU; Bantuan kewangan kerajaan; Aksesibiliti premis persendirian
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21314
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:05 Mar 2023 10:42
Last Modified:04 Apr 2023 00:33

Repository Staff Only: item control page