Cabaran projek berkumpulan kursus kejuruteraan dalam fasa pandemik COVID-19 di institusi pengajian tinggi : satu kajian kes

Nor Kamaliana Khamis, and Mohd Faizal Mat Tahir, and Abdul Hadi Azman, and Hawa Hishamuddin, (2022) Cabaran projek berkumpulan kursus kejuruteraan dalam fasa pandemik COVID-19 di institusi pengajian tinggi : satu kajian kes. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 14 (2). pp. 1-19. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
387kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/

Abstract

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang ketara kepada kehidupan seharian seluruh populasi di dunia, termasuk hal berkaitan pembelajaran. Salah satu cabaran dalam perkara ini ialah pelaksanaan projek berkumpulan dalam norma baharu di mana terdapat kesukaran untuk ahli kumpulan berbincang secara berdepan, terutamanya bagi pelajar kursus kejuruteraan di peringkat pengajian tinggi. Tugasan yang melibatkan projek kumpulan memerlukan penglibatan semua ahli secara aktif. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam pelaksanaan projek kumpulan ketika fasa pandemik ini. Pengumpulan maklumat melalui kaedah temubual dan kaji selidik telah dilakukan untuk memahami kesan norma baru ini terhadap projek kumpulan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 50% peserta berpendapat pandemik memberi kesan kepada kehidupan seharian dan juga dalam kelancaran projek berkumpulan. Terdapat juga kaitan antara beberapa maklumat demografik dengan beberapa faktor mengenai kesan pandemik terhadap pelajar dan projek berkumpulan dengan p < 0.05. Kesimpulannya, keseimbangan antara matlamat yang ditetapkan dalam projek serta cabaran yang dihadapi oleh pelajar perlu dipertimbangkan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek kumpulan.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Projek; Kerja kumpulan; Cabaran
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:21334
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:09 Mar 2023 06:51
Last Modified:13 Mar 2023 01:10

Repository Staff Only: item control page