Kesan perdagangan antarabangsa terhadap permintaan pelancongan: kes di Malaysia

Mohd Fazim Ahmad, and Norlida Hanim Mohd Salleh, and Nurul Atiqah Muhd Suib, and Tamat Sarmidi, (2022) Kesan perdagangan antarabangsa terhadap permintaan pelancongan: kes di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 56 (2). pp. 47-64. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
893kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jem/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan permintaan terhadap pelancongan di Malaysia. Secara khusus, kajian menganggarkan magnitud kesan perdagangan terhadap pelancongan berdasarkan hipotesis Marco-Polo yang menyatakan bahawa melancong adalah diransang oleh perdagangan. Kajian ini menggunakan data dari tahun 2007-2019 daripada 5 rakan dagang utama Malaysia iaitu China, Jepun, Singapura, Taiwan dan Amerika Syarikat. Model penganggaran Pooled OLS, Random Effect dan Fixed Effect digunakan. Kajian mendapati terdapat hubungan positif antara ketibaan pelancong dengan perdagangan antarabangsa. Penemuan ini mengesahkan hipotesis Marco-Polo di beberapa negara sampel. Penemuan juga menunjukkan bahawa dalam menggalakkan pelancong antarabangsa, perdagangan antarabangsa perlu ditingkatkan. Dengan itu, dasar perdagangan antarabangsa perlu dikaji semula bagi meningkatkan jumlah pelancong antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:Panel data; Trade; Marco-Polo hypothesis; Tourism; Major trading partners
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:21350
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Mar 2023 06:50
Last Modified:17 Mar 2023 08:13

Repository Staff Only: item control page