Pelaksanaan prinsip “Izin, Maklum Awal, Bebas dan Telus” (IMABT) dalam hal ehwal berkaitan Orang Asli di Semenanjung Malaysia

Syahirah Nadiah Ahmad A’sri, and Rohaida Nordin, (2022) Pelaksanaan prinsip “Izin, Maklum Awal, Bebas dan Telus” (IMABT) dalam hal ehwal berkaitan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 31 . pp. 3-17. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
352kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/index

Abstract

Hak Orang Asal sentiasa diperjuangkan pada peringkat antarabangsa dan domestik. Penulisan membincangkan pelaksanaan prinsip “Izin Maklum Awal Bebas Telus” (IMABT) dalam hal ehwal Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Prinsip IMABT ini telah diiktiraf oleh Perkara 3 Deklarasi Hak Orang Asal (DHOA) 2007 berdasarkan prinsip hak penentuan kendiri Orang Asal. Prinsip IMABT dan perundingan membenarkan komuniti Orang Asal sesebuah negara turut terlibat dalam proses membuat keputusan bagi perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada mereka. Malaysia belum melaksanakan pemakaian prinsip ini walaupun telah bersetuju dengan DHOA, malah tiada garis panduan pelaksanaan IMABT disediakan sehingga kini di Malaysia. Oleh itu, penulisan ini mengemukakan cadangan sebuah garis panduan pelaksanaan IMABT yang bersesuaian dengan Orang Asli yang selari dengan DHOA serta praktikal untuk dilaksanakan. Untuk tujuan ini, Filipina akan dijadikan sebagai negara rujukan bagi melihat bagaimana prinsip ini dilaksanakan di negara tersebut. Akhir kata, kejayaan pelaksanaan prinsip ini akan menjadi titik permulaan yang besar bagi mengiktiraf hak Orang Asli dan meningkatkan status sosio-ekonomi mereka.

Item Type:Article
Keywords:Hak Orang Asli; Semenanjung Malaysia; Prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus; IMABT; Pelaksanaan prinsip IMABT
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:21373
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:21 Mar 2023 02:09
Last Modified:27 Mar 2023 07:21

Repository Staff Only: item control page