Noor Azlina Che Hasan, and Muhamad Helmi Md. Said, and Fatimah Yusro Hashim, (2022) Penjagaan bersama melalui konsep perkongsian keibubapaan : satu tinjauan kepada undang-undang keluarga Australia dan Sweden. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 31 . pp. 31-45. ISSN 1394-7729
|
PDF
369kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/index
Abstract
Penjagaan anak selepas perceraian adalah satu cabaran buat ibu bapa. Semasa dalam perkahwinan ibu bapa berkongsi tanggungjawab keibubapaan dalam pengasuhan, penjagaan, pendidikan dan kebajikan anak namun tanggungjawab keibubapaan ini akan menjadi satu isu sosial dan perundangan apabila sudah bercerai. Artikel ini akan memfokuskan kepada tiga objektif. Pertama untuk menganalisis peruntukkan undang-undang berkaitan penjagaan bersama menurut undang-undang syariah, kedua menganalisis konsep penjagaan bersama dan perkongsian keibubapaan dan ketiga, untuk membandingkan konsep dan perundangan perkongsian keibubapaan antara negara Sweden dan Australia. Pemilihan dua negara Sweden dan Australia berdasarkan undang-undang sedia ada dan polisi yang diaplikasikan di negara tersebut. Secara asasnya kajian ini berbentuk kajian doktrinal melalui analisis kualitatif. Analisis dokumentari dilakukan ke atas data dan teori dari bahan yang terpilih termasuk jurnal artikel, buku, dan statut. Kesemua data ini diperolehi melalui kajian kepustakaan. Dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa jagaan bersama melalui konsep perkongsian keibubapaan lebih memberikan hak dan menjamin kepentingan kanak-kanak seterusnya menjamin kelangsungan tanggungjawab berterusan ibu bapa selepas perceraian berbanding jagaan sebelah pihak. Oleh itu adalah menjadi satu keperluan untuk penggubal undang-undang keluarga Islam di Malaysia menyemak semua peruntukkan sedia ada berkaitan penjagaan anak selaras dengan prinsip ‘kepentingan terbaik kanak-kanak’sekaligus memenuhi matlamat 16, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penjagaan bersama; Perkongsian keibubapaan; Kepentingan terbaik kanak-kanak; Tanggungjawab ibu bapa; Mahkamah Syariah |
Journal: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat |
ID Code: | 21375 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 21 Mar 2023 04:21 |
Last Modified: | 27 Mar 2023 07:30 |
Repository Staff Only: item control page