Kepentingan tindakan undang-undang terhadap peminjam ingkar pembiayaan mikro dalam memastikan keadilan kepada institusi pembiayaan di Malaysia

Siti Amira Yaacob, and Ruzian Markom, and Nur Khalidah Dahlan, (2022) Kepentingan tindakan undang-undang terhadap peminjam ingkar pembiayaan mikro dalam memastikan keadilan kepada institusi pembiayaan di Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 31 . pp. 47-56. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
391kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/index

Abstract

Pembiayaan mikro memainkan peranan yang penting dalam membantu usahawan kecil dan sederhana meneruskan perniagaan. Peminjam yang ingkar menjelaskan bayaran balik pembiayaan mikro di Malaysia dikenakan tindakan undang-undang oleh institusi pembiayaan yang menawarkan pembiayaan tersebut. Artikel ini bertujuan membincangkan tentang kepentingan tindakan undang-undang terhadap peminjam ingkar dan bagaimana tindakan undang-undang tersebut dilaksanakan di Malaysia. Proses perundangan dan jenis tindakan undang-undang ke atas peminjam ingkar akan dihuraikan. Kajian ini ialah kajian doktrinal undang-undang tulen. Data kajian diperoleh dari statut, buku, artikel yang berkaitan dan temu bual meliputi empat buah institusi pembiayaan mikro utama di Malaysia. Akhir sekali kajian ini menunjukkan hasil pelaksanaan tindakan undang-undang di lima buah institusi pembiayaan yang berasaskan Yayasan, Badan Amanah Persendirian, Agensi Kerajaan, Bank Komuniti dan Bank Koperasi. memberi impak positif di mana dapatan kajian menunjukkan jumlah peratus pembayaran balik meningkat bagi setiap institusi tersebut. Diharap agar kajian ini berupaya membantu negara Malaysia memperkemas sistem perundangan negara dalam usaha mengimbangi keperluan peminjam tanpa menjejaskan kepentingan institusi pembiayaan mikro.

Item Type:Article
Keywords:Tindakan undang-undang; Peminjam ingkar; Pembiayaan mikro; Keadilan; Institusi pembiayaan
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:21377
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:21 Mar 2023 04:53
Last Modified:21 Mar 2023 04:53

Repository Staff Only: item control page