Analisis perundangan penjagaan warga emas di United Kingdom, Australia dan Jepun

Tan, Jass Key and Ramalinggam Rajamanickam, and Tengku Noor Azira Tengku Zainudin, (2022) Analisis perundangan penjagaan warga emas di United Kingdom, Australia dan Jepun. Jurnal Undang - Undang dan Masyarakat, 31 . pp. 83-97. ISSN 13947729

[img]
Preview
PDF
344kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/index

Abstract

Sistem penjagaan moden secara umum bersumberkan common law. Sistem penjagaan ini mengutamakan doktrin parens patriae yang bererti bahawa pihak mahkamah dibenarkan untuk campur tangan dalam menjaga kepentingan golongan-golongan yang tidak mampu menjaga diri sendiri, seperti kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya melalui pelantikan penjaga. Walaupun Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk penjagaan warga emas, pelbagai perkembangan dan kemajuan undang-undang berhubungan dengan penjagaan warga emas telah berlaku di negara-negara lain. Sejajar dengan itu, penulisan ini akan menganalisis kerangka perundangan tentang penjagaan warga emas di tiga buah negara terpilih, iaitu United Kingdom, Australia dan Jepun. Ketiga-tiga negara ini telah dipilih atas alasan bahawa mereka mempunyai sejarah yang lama dan sistem penjagaan warga emas yang mantap pada masa ini. Bukan itu sahaja, pembaharuan undang-undang sering dilakukan untuk memberikan jaminan yang lebih baik kepada golongan ini. Bagi mencapai objektif yang digariskan, penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat analisis kandungan. Penulisan ini mendapati bahawa walaupun undang-undang penjagaan di United Kingdom, Australia dan Jepun tidak ditujukan secara khusus kepada golongan warga emas, namun mekanisme undang-undang yang wujud di ketiga-tiga bidang kuasa tersebut telah memberikan manfaat kepada golongan warga emas. Golongan warga emas yang tidak mempunyai keupayaan mental dalam menguruskan diri sendiri dan harta dikawal selia oleh undang-undang yang boleh dianggap menyeluruh dan mantap di ketiga-tiga bidang kuasa tersebut. Hal ini terbukti menerusi statistik pemakaian sistem penjagaan orang dewasa yang digunakan kepada golongan warga emas. Golongan warga emas termasuk dalam kategori orang dewasa yang kekurangan upaya dan merekalah golongan yang terbesar di bawah undang-undang penjagaan sebegini. Oleh itu, penulisan ini mencadangkan agar Malaysia dapat mengambil usaha untuk mengintegrasikan pendekatan yang digunakan di ketiga-tiga bidang kuasa tersebut bagi mewujudkan mekanisme undang-undang yang menyeluruh dalam aspek penjagaan warga emas di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Warga emas; Penjagaan; United Kingdom; Australia; Jepun
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:21380
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:21 Mar 2023 08:40
Last Modified:21 Mar 2023 08:40

Repository Staff Only: item control page